Friday, November 21, 2014

KU NAN PERJELAS BAHAWA AHLI UMNO DIDIDIK UNTUK BERSAMA KAUM LAIN. PAS & PKR? HAMPEHHHHH!

JUMAAT, 21 NOV 2014
PAU 2014 PAU 2014 PAU 2014



SIFAT orang melayu yang lemah-lembut, berhemah, setia kawan memang telah lama diakui oleh bangsa-bangsa lain di negara ini. Memang senang berkawan dengan orang Melayu dan orang Melayu  juga mudah mendampingi bangsa lain. Kemesraan begitu cepat terlekap di hati orang Melayu terhadap bangsa lain. Itulah Melayu. Maka, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 akan memberi penekanan tentang bagaimana parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu dapat bertoleransi dengan kaum lain di dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama dapat diamal dan diteruskan. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak zaman dahulu lagi, ahli-ahli parti telah dididik untuk bersederhana dan bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia. Parti ini merupakan parti berteraskan kepada perjuangan Melayu, teras kita diperjuang atas dasar kepentingan Melayu, agama dan negara. 
Selain itu, kita telah didik oleh datuk nenek moyang kita dan pengasas kita untuk bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia...itu kita akan tekankan, katanya kepada pemberita selepas sidang media PAU 2014, di sini, Khamis. Katanya, Umno sedar timbul 'kegelisahan' di kalangan ahli apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak disokong oleh kaum lain. Kita tahu kegelisahan orang Melayu oleh kerana keputusan PRU lepas mereka lihat bangsa lain tak sokong BN dan mereka anggap tak sokong Umno. Ada sebab-sebab tertentu yang lain mereka tak sokong, oleh itu kita kena buat pembaikan, katanya. 
Bagaimanapun katanya, beliau percaya bahawa kaum-kaum lain masih melihat Umno sebagai tunjang untuk memastikan negara kita terus aman, bergerak ke hadapan dan terus maju. Mereka juga rakyat Malaysia, itu yang penting, katanya. Diingatkan sekali lagi bahawa Perhimpunan tahunan itu akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini melibatkan perwakilan seramai 5,739 orang. Jom kita rama-ramai kesana bagi memeriahkan lagi Perhimpunan (PAU) 2014. Hidup UMNO! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...