TAHNIAH kepada SPRM yang nampaknya bersungguh-sunggguh untuk membenteras gejala 'rasuah' daripada berluas-luasa di negara kita ini. Seperti yang kita tahu, rasuah adalah 'musuh no 1' di negara kita ini, malah di seluruh dunia. Mari kita tabik pada SPRM. Janji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak memberi sebarang maaf kepada pemberi dan penerima rasuah benar-benar dikotakan apabila setiap pesalah jenayah kolar putih berkenaan akan didakwa di bawah dua pertuduhan secara serentak bagi tiap-tiap satu kesalahan. Bermula 1 Oktober, arahan telah dikeluarkan kepada seluruh pegawai SPRM agar mana-mana pesalah rasuah yang terbukti terlibat perlu didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bersekali dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011. Ini bermakna, melalui pendakwaan tersebut, pesalah rasuah bukan sahaja perlu berdepan dengan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi tetapi turut menghadapi hukuman penjara selama lima tahun atau denda RM5 juta.

Ikrar itu dibuat SPRM berikutan amalan rasuah yang dikatakan semakin serius dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa sehingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit dan antara operasi dijalankan suruhanjaya tersebut ialah 2B-Kastam, Ops Belot, Ops Tukul, Ops Swasta serta Ops Ombak. Dalam perkembangan berkaitan, beliau menambah, dua aspek yang menyebabkan usaha untuk meme-rangi jenayah rasuah di peringkat akar umbi dalam masyarakat sering terbantut iaitu akibat lemahnya integriti anggota serta pegawai penguat kuasa terlibat selain wujudnya campur tangan oleh pihak tertentu. Katanya, dalam aspek campur tangan misalnya, wujud kecende-rungan pihak tertentu untuk memberi ‘arahan’ secara bersurat atau lisan bagi memaksa para pegawai penguat-kuasa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perundangan menyebabkan mereka berada dalam keadaan tersepit jika enggan akur.
Nasihat beliau kepada pegawai mahu pun anggota penguat-kuasa, jika wujud keadaan sedemikian sila datang kepada SPRM untuk diberi khidmat nasihat dan seandainya perlu satu surat akan dikeluarkan kerana jika mereka akur dengan ‘arahan’ tersebut, kaki-tangan awam yang berdepan de-ngan masalah, katanya. Persoalan yang IBM nak timbulkan di sini. Bagaimana pula dengan 'pemberi rasuah'? Kerana kalau tiada pemberi tiada berlakunya rasuah. IBM berpendapat, mereka-mereka (pemberi) juga harus dikenakan hukaman yang setimpal kerana kesalahan menyogok. Barulah adil, kan? Apapun, kita semua hargai segala apa yang SPRM nak lakukan demi untuk membenteras rasuah. Harap-harap ianya akan berjaya, dan negara kita bebas dari gejala rasuah. Insyallah. Wasallam ~ IBM