DEMI servival orang-orang Melayu dan juga negara, IBM setuju dengan pandangan dari bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar bawah) yang menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAPigs daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat. Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan. Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians dan juga 'merempat di tanah air' sendiri, kata Tun Hamid. Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP. PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS, katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur.

Mereka di butakan dalam hal sejarah. Gen Y tidak berminat kepada hal-hal sejarah tanah air. Apa yang mereka mahu ialah mengikut selera mereka yang songsang mengikut cita rasa pembangkang. Maka, jika tidak dibendung dari sekarang, lingkuplah negara. Kerisauan dan kebimbangan yang disuarakan oleh Tun Abdul Hamid harus kita semua ambil serius, jangan anggap isu ini isu remeh kerana jika dibiarkan jahanamlah kita semua. Melayu hilang taring dan negara akan tergadai. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM
Hati hati dgn puak dap ni,skrg ekonomi mereka dah kuasai jgn sampai kerajaan pulak di kuasai.ketika melayu tgh ad a kuasa ni jaga jaga le.kalau dua dua benda ni dah mereka kuasai tau le nanti apa nasib kita.
ReplyDelete