Thursday, July 21, 2011

Menjelang Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan bulan Depan, Kibarkan Jalur Gemilang

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Jika dipersoalkan kewajaran mengibarkan bendera 'Jalur Gemilang' dalam bulan kemerdekaan ini, pasti sahaja jawapnya WAJAR. Namun sejauh mana keikhlasan setiap individu terhadap tindakan itu? Adakah mereka benar2 cintakan negara/negeri ini? Adakah mereka ini memahami sejarah negara ini? Adakah mereka faham makna setiap lambang dan jalur yang terdapat dalam bendera itu? Atau sekadar ikut-ikutan membabi buta? Siapa yang mengimabarkannya? Atau dengan wadah2 dan harapan2 tertentu?

Satu persoalan yang perlu kita rungkai bersama dalam satu perkongsian minda holistik. Anda dipersilakan......- IBM

PM Agih Jalur Gemilang di KL Sentral Rabu Depan

[PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara bulan depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pengagihan bendera kebangsaan itu akan dilakukan di Stesen ERL di sini dan di Stesen KL Sentral selepas mesyuarat kabinet Rabu depan.

“Perdana Menteri dan jemaah menteri akan akan menaiki ERL dari sini ke KL Sentral,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengiringi Muhyiddin melihat contoh baju batik yang akan dipakai oleh para menteri pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan di stesen KL Sentral pada Rabu depan.

Rekaan baju batik itu merangkumi gabungan motif pelbagai kaum di Malaysia bagi menepati gagasan 1Malaysia.

Kesemua rekaan baju batik itu telah ditunjukkan kepada Muhyiddin sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada Rabu. – BERNAMA]


Mari kita sama-sama kibarkan jalur gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 54 tahun

2 comments:

  1. Salam Sdr Ismail,
    Patut dicadangkan, bendera yang pakai pendakap pada cermin kereta tu ditukar kepada stiker. Sedih tengok bendera bersepah atas jalan bila tercabut. Kemudian, janganlah tunggu hari Kebangsaan sahaja bendera baru, hari-hari lain bendera sampai lusuh dan koyak rabak tak bertukar.

    p/s
    Saya kibar bendera sepanjang masa, tapi bendera kecil sahaja di atas meja kerja.

    ReplyDelete
  2. enalrahim :
    Wa'kumusalam.
    Memang itulah sepatutunya. Kadang2 semangat menyambut hari kemerdekaan hanyalah seperti melepaskan batuk ditangga. Langsung tidak ada semangat 'Patriotik' dikalangan rakyat.

    Saya pun begitu. Di Apt saya sentiasa berkibar jalur gemilang. All year round.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...