Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Siapa Yang Menipu?..Anwar Atau Hj Hadi?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilayan teruk oleh polis ketika ditahan pada perhimpunan haram, Sabtu lalu.

Ketua pembangkang itu membuat tuduhan pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam semalam.

KENYATAAN DATUK SERI ANWAR :

“Apa yang Ustaz Hadi katakan dihina begitu rupa. Anak saya kena tangkap saya tak sesebak itu sebab dia anak muda tapi Ustaz Hadi seorang ulama umur 60an, bekas Menteri Besar, Ahli Parlimen dilayan teruk, diheret, dicampak dalam trak polis. Sistem apa yang Najib nak pertahankan? Dengan cara itu ingat Ustaz Hadi takut?

Ini pula pengakuan tuan punya badan yang didakwa Datuk Seri Anwar diheret dan dicampak dalam trak polis, pada Sabtu lalu.

KENYATAAN HAJI HADI AWANG :
“Dengan pertolongan Allah subhanahuwataala semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa. Pergi hantar sampai ke rumah, saya ucap terima kasih banyak, saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja.”

Datuk Seri Hadi membuat pengakuan itu malam semalam sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu.

Selain Datuk Seri Hadi, semua yang ditahan turut menerima layanan baik daripada polis.

Makanan disediakan dengan kos RM25 setiap seorang selain ruang solat untuk mereka yang beragama Islam.

ELOK LE TU. BUKU BERTEMU DGN RUAS. SESAMA SENDIRI TAK ADA SEFAHAMAN. HARAP RAKYAT DAPAT MENILAI MANUSIA JENIS APA SI NUAR NI?... MAMPUS LEBIH BAIK. FIKIR-FIKIRKANLAH. - IBM

Sunday, July 10, 2011

Macamana pun Anwar tetap nak jadi PM

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.

Apa nak jadi, jadilah. Biar aku ditangkap dan disumbat kedalam penjara, namun aku tetap akan keluar dari penjara dan akan menjadi seorang Perdana Menteri. Aku akan huru-harakan negara ini. Selagi cita-cita ku untuk menjadi Perdana Menteri tak kesampian, selagi itu aku goyangkan negara ini. Biar puas hati ku. Itu janji ku kepada semua rakyat yang menyokong aku - Anwar

Inikah wajah yang mengidam-idamkan untuk menjadi Perdana Menteri?

KATEGORI PRESIDEN UMNO

Najib: Anwar Dalang Perhimpunan Haram, Terdesak Mahu Jadi Perdana Menteri


[KUALA LUMPUR, 10 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan haram anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0, merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.

Ketika berucap kepada 6,000 hadirin pada majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, beliau berkata anggota Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

“Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

“Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.]



AKU BERMIMPI RUPANYA. ENTAH KENAPA PULA AKU BOLEH MIMPIKAN SI NUAR NI. NASIB BAIK AKU. KALAU DALAM MIMPI TU ADA ADEGAN YANG ANUAR SUKA, DAH TENTU AKU JADI MANGSANYA. CHITTTTT!...AKAN KU LAWAN KO ANWAR - IBM

Monday, July 4, 2011

Rampas Pasport, Darjah kebesaran Anwar : Ummi Hafilda

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ibarat Serikandi Ummi Hafilda, tabah, cekal dan lantang mengkritik Datuk Seri Anwar dan akan terus membongkar kegiatan Anwar. Terbaru, saksi utama kes liwat ketua Pembangkang pada 1998, Ummi menyuarakan pandangan beliau supaya Kerajaan merampas pasport Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat PKR itu daripada keluar negara dan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia.

"Habis le aku, depa nak rampas Pasport aku. Tak ada can lagi aku nak ke Thailand."- Anwar

Menurut Ummi, kenapa tidak boleh ditarik balik darjah kebesaran yang diberi oleh Kerajaan kepada beliau. Sebagai bekas banduan dan terlibat dalam pelbagai isu moral, Ummi berpendapat memang Anwar tidak layak lagi menyimpan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya.
Pelakun terkenal filem Hindi, Shah Rukh Khan menerima darjah kebesaran dari Yang di-Pertua negeri Melaka.

Ramai yang berpendapat, lebih berbaloi anugerah darjah kebesaran di beri kepada orang asing seperti Shah Rukh Khan, sekurang-kurangnya dia boleh mempermosikan negeri Melaka di kaca mata dunia. Tapi, apakah sumbangan Anwar kepada negara setelah dia dilucutkan sebagi Timbalan Perdana Menteri?

Anwar bersama abangnya, Azmin Ali merancang untuk merampas Kerajaan, malah bersekongkol untuk menghapuskan sistem beraja. Oleh itu, Ummi sanggup kehilangan seorang abang kandung dari darah dagingnya sendiri daripada mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.
"Rampas Pasport Anwar". kata Ummi Hafilda Ali.

{Ummi ditemui pada program Jom Dengaq Ummi Hafilda di Sungai aceh semalam. Terima kasih kepada rakan saya dari Penang yang menghantar artikel ini melalui email saya. Terima kasih. - IBM}

Friday, June 24, 2011

Terkini : Bicara kes video klip seks,Trio Datuk T didenda RM1,000 - RM3,000

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Wajah Trio Datuk 'T' mengaku bersalah di Mahkamah hari ini

KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3,000 manakala bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan video klip seks awal Mac lalu.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pula didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan dua lagi rakannya itu. - Utusan

"Kan saya dah kata, mereka akan dijatuhkan hukuman paling minimun." - Anwar

Kita tunggu reaksi dan jawapan dari Anwar setelah Mahkamah menjatuhkan hukuman yang minimun terhadap Trio Datuk T di dalam kes video seksnya.

P/S IBM PERCAYA ANWAR KAN MEMBUAT SATU SIDANG AKHBAR DAN AKAN MENGKRITIK MAHKAMAH KERANA MENJATUHKAN HUKUMAN YANG MINIMUM TERHADAP TRIO DATUK T.

Monday, June 20, 2011

Anwar dinasihatkan jangan sibuk, tumpu kes liwat

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya menumpukan pada kes liwatnya dan menjawab dakwaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah daripada 'berkokok' berlagak seperti hero di negara ini.

Justeru Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd. Nor menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan pembangkang menangguhkan perhimpunan haram Bersih.

"Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab.

"Dalam pilihan raya PKR hanya satu jaminan yang pasti dan jelas daripada Anwar untuk ahli parti iaitu Azmin Ali mesti dijamin menang walau apa cara sekalipun," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Ezam, episod skandal penyelewengan Anwar-Azmin itu disaksikan berminggu-minggu dan berakhir dengan keluarnya tokoh-tokoh PKR.

KOMEN IBM : ITULAH KETELUSAN YANG DIAMALKAN OLEH PKR. BERSIH, ADIL DAN SAKSAMA. KUMAN DI SEBERANG BOLEH NAMPAK, BANGKAI GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK. KEPADA PENGIKUT-PENGIKUT SI AL-JUBURI, SOKONG..SOKONG...ANGKAT TELO SI ANWAR TU. TAK LAMA LAGI DIA NAK KEDALAM, BILA LAGI..HEHEHE..


Thursday, June 16, 2011

Panas ! Kembalinya Pembohong No 1 Di Dewan Rakyat, tiba-tiba Aircon Rosak

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SEORANG kawan lama datang berjumpa dengan IBM dengan akhbar Harakahdaily di tangannya. IBM tanya dia, mana dapat surat khabar Harakah ni, katanya kawan beri. Maka IBM telek le muka surat ke muka surat. Biasalah, kebanyakan laporannya semuanya fitnah dan mengutuk kerajaan BN. Antara artikel yang menarik perhatian bagi pembaca-pembaca mereka ialah : 'Anwar Kembali. Sidang Dewan Rakyat Panas'.

Bagi IBM, siapa tidak kenal Anwar, pembohong No 1. Tiada apa yang nak di hairankan. Setelah enam bulan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kembali ke Parlimen. Turut tiba di Parlimen pagi ini ialah tiga lagi wakil Pakatan Rakyat yang digantung daripada menghadiri sidang iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang).

Harakah kata Dewan panas. Yang mana panasnya ? Setahu IBM sidang Dewan Rakyat pagi itu bertukar "panas" dengan kehadiran mereka apabila Anwar mengemukakan soalan berhubung Felda. Itu sahaja. Memang itulah kerja Harakah.

Bagi IBM, yang akan terasa bahang kepanasan sebenar ialah Anwar Ibrahim. Dia akan merasa panas bila dia di sumbat ke dalam jail di sungai buloh. Kes liwat II nya akan mengajar Anwar erti sebenar 'kepanasan'.

Kesimpulannya, Harakah adalah akhbar pencetus fitnah No 1 di Malaysia setaraf dengan Anwar Ibrahim@Al-Juburi. Bukan IBM kata, Mat Sabu@Mat Sabun kata.

Wednesday, January 19, 2011

Anwar, Karpal sakit tenat....


Salam.

Anwar, Karpal didakwa amal politik tidak sihat. Mereka perlu di beri rawatan segera. Ini bukan saya kata, tapi Anuar Shaari kata. Jom baca :

Mereka memang sakit. Anuar Shaari bekas Setiausaha sulit Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim mendalwa Ketua Umum PKR dan pengerusi DAP Karpal Singh mengamalkan politik tidak sihat.

Beliau mendakwa Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri dari kes liwat yang dihadapinya manakala Karpal Singh yang menjadi peguam belanya dalam kes itu menggunakan kes liwat itu sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP.

Anuar mendakwa keadaan itu mengelirukan anggota PKR yang membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh anwar dan parti itu dikuasi pihak lain.


"Singh, lepas ini apa lagi helah kita untuk lewatkan lagi kes I ni..?" - Anwar

Apa pun yang pentingnya si Al-juburi ni mesti di penjarakan. Tangguh le tak apa. biar dia puas lihat dunia dulu. - IBM

Sunday, November 28, 2010

Anwar, Azizah : angkat bakul..?




Suami Isteri Dan Meroyan dan Meroyan......

Azizah kata : " Anwar Anugerah Tuhan."
Anwar kata : " Azizah Tokoh muslim Paling Berpengaruh."

Itulah yang diucapkkan oleh dua pasangan suami isteri, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak merasa segan silu, dengan erti kata lain, ' Masuk Bakul Angkat Sendiri '.
Para penyokongnya pula tersenyum lebar, mereka percaya itulah Pemimpin yang mereka tunggu-tunggu, pemimpin yang akan membela nasib mereka dan nasib seluruh rakyat Malaysia....


# IBM : Oleh kerana terlalu taksub, tak mustahil penyokong 'Fanatik' si anwar ni akan kata, bahawa Anwar anugerah tuhan dan Rasul melayu yg terakhir di Abad ini...?...mana le tahu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...