Friday, August 31, 2012

Stadium Merdeka Kian Dilupakan......

Stadium Merdeka yang menjadi saksi kemerdekaan Malaysia dan lokasi acara sukan bertaraf dunia kini semakin dilupakan.

BIARPUN jarak kediaman Datin Paduka Wan Intan Wan Ahmad Tajuddin di Pelabuhan Klang, Selangor dengan Stadium Merdeka 37.3 kilometer, perasaannya pasti bercampur-baur setiap kali teringatkan kenangan di bangunan ikonik itu.
Matanya berkaca manakala perbualan Wan Intan yang sentiasa ramah dan bertenaga walaupun usianya sudah menjangkau 81 tahun serta-merta terhenti dan dalam nada tersekat-sekat dia meneruskan kata-kata.
Pengalaman nenek kepada empat orang cicit itu bukan calang-calang. Beliau merupakan insan bertuah kerana berada di Stadium Merdeka ketika Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
"Sehingga sekarang, imej Tunku saat beliau melaungkan perkataan merdeka masih jelas pada pandangan mata saya," ujar Wan Intan yang ketika tarikh keramat itu terjadi, dia baru berusia 26 tahun.
Suasana ketika itu sangat hebat. Dengan kapasiti penonton seramai 20,000 orang, Stadium Merdeka dipenuhi lautan manusia tanpa mengira kaum sambil memberi gambaran pada waktu itu.
Tambah Wan Intan, sebelum pengisytiharan, Tunku Abdul Rahman memberikan ucapan. Pada waktu itu suasana di stadium menjadi begitu sunyi kerana semua tekun mendengar amanat Tunku.
Wan Intan yang kini menetap di Kampung Raja Uda, Klang masih aktif melakukan kerja-kerja kebajikan terutamanya melibatkan anak-anak yatim.

LAUNGAN Tunku Abdul Rahman (dua dari kiri) di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 menjadi lambang kemerdekaan Malaysia sehingga kini.
Beliau dan adiknya, Wan Intan telah menempuh perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sehari sebelum 31 Ogos.
Detik penurunan bendera Union Jack pada pukul 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957 juga sempat disaksikan oleh kedua-dua beradik itu.
Berlangsung di Padang Sultan Sulaiman yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, orang ramai memenuhi kawasan padang sehingga tidak nampak rumput, kata Wan Intan.
Di stadium pula, mereka bertuah kerana dapat duduk di hadapan pentas yang menempatkan acara pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.
Pengalaman berada pada acara tersebut benar-benar memberi pengajaran dan kesedaran kepadanya sepanjang hayat mengenai jerih-perih pejuang dahulu menuntut kemerdekaan.
Stadium Merdeka yang terletak di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur itu dibina pada 25 September 1956 dan siap sepenuhnya pada 21 Ogos 1957.
Pada awalnya, stadium tersebut dibina bertujuan sebagai lokasi pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu sekali gus menjadi lambang kepada status kemerdekaan Malaysia sehingga kini.
Kata Pakar Sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Tunku Abdul Rahman memberi idea untuk membina sebuah stadium untuk acara tersebut selain menjadi tempat orang ramai berkumpul.
Tambahan pula, Tunku merupakan seorang yang aktif bersukan terutamanya ketika menuntut di Universiti Cambridge, United Kingdom.
Sesuai dengan fungsinya sebagai kemudahan sukan, Stadium Merdeka menjadi lokasi penting dalam penganjuran banyak acara sukan berkelas antarabangsa.
 Bertaraf antarabangsa
Sepanjang dekad 60-an hingga 80-an, Stadium Merdeka begitu gah dan meriah dengan aktiviti sukan terutamanya bola sepak melalui penganjuran Pesta Bola Merdeka.
Perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan Kemerdekaan dianjurkan setiap tahun selepas tarikh 31 Ogos. Ia bertaraf antarabangsa dan mendapat perhatian orang ramai.
Selain itu, Stadium Merdeka juga menjadi tempat utama dalam penganjuran sukan Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEA) dan Sukan Malaysia (Sukma). Bagi acara bukan balapan pula, Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar dan Stadium Negara serta Stadium Chin Woo menjadi tumpuan.
Pesara juruteknik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Khalib Mat, 63, yang bertugas di bahagian luar studio kerap berada di Stadium Merdeka ketika zaman kegemilangan lokasi sukan itu.
Ujarnya, hampir 90 peratus program yang dianjurkan di Stadium Merdeka berbentuk sukan. Premis tersebut dijaga sebaik mungkin terutamanya di bahagian padang rumput.
Setiap kali acara sukan dianjurkan, orang ramai berpusu-pusu seawal pukul 4 petang untuk memasuki stadium. Suasana sesak begitu jelas kelihatan mungkin kerana pintu masuk tidak banyak manakala penonton begitu ramai.
"Ketika itu tidak banyak syarikat yang membawa artis-artis antarabangsa ke Malaysia untuk mengadakan persembahan.
"Tempat acara yang besar pula tidak ada kecuali Stadium Merdeka. Jadi, acara-acara sukan menjadi hiburan bagi rakyat Malaysia pada waktu itu," ungkap Khalib ketika ditemui di rumahnya di Bangi, Selangor.
Pada masa itu, para pengulas sukan seperti Hasbullah Awang dan Rahim Razali begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia manakala pemain bola sepak misalnya, Allahyarham Mokhtar Dahari menjadi bintang pujaan.
Tambahan pula, bola sepak Malaysia ketika itu amat digeruni pasukan lawan seperti dari Korea, kata lelaki dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu.
KHALIB (tiga dari kiri) ketika bertugas di bilik berita RTM di Stadium Merdeka.
Acara besar
Tugas Khalib semasa berkhidmat dengan RTM adalah membuat susun atur keseluruhan litar elektrik dalam bilik penyiaran setiap kali ada acara luar studio dibuat.
Bukan untuk RTM sahaja, jika terdapat syarikat penyiaran luar yang mahu membeli hak siaran, lelaki yang mula bekerja di Kuala Lumpur pada tahun 1977 itu turut bertanggungjawab.
Selain sukan, terdapat beberapa acara berbentuk keagamaan dianjurkan di situ seperti sambutan Maulud Nabi, dan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa serta kebangsaan.
"Hanya majlis tilawah yang menyebabkan padang rumput rosak kerana pentasnya dibina di tengah-tengah padang," ceritanya.
Ketika itu majlis tilawah diadakan di tempat terbuka menjadikan suasananya sangat berlainan, penonton pula begitu ramai memenuhi ruang hadapan pentas.
"Sukar untuk menggambarkan perasaan tersebut lebih-lebih lagi ia diadakan pada bulan Ramadan," kenang Khalib lagi.
Namun, selepas banyak lokasi sukan mula wujud, aura Stadium Merdeka mula malap. Ia semakin jelas apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dapat menampung kapasiti kira-kira 100,000 orang pada tahun 1998 dibuka.
Bukan sahaja stadium itu sendiri, tetapi kawasan sekelilingnya turut sama hilang secara beransur-ansur seperti restoran berdekatan.
"Dahulu, terdapat sebuah restoran menjual lauk kari kepala ikan yang sangat terkenal tetapi sudah ditutup ketika saya ke sana baru-baru ini," ceritanya lagi.
Barangkali, terdapat ekspo-ekspo diadakan di Stadium Merdeka tetapi tidak dapat memberi impak meriah sama seperti sekitar tahun 70-an dan 80-an.
Stadium bersejarah itu pernah dirancang untuk dirobohkan bagi memberi laluan pada pembinaan projek komersial bersepadu bernilai RM1 bilion.
Namun, kata Kay Kim, ia dibatalkan selepas mendapat banyak tentangan daripada orang awam.

STADIUM Merdeka begitu gah dengan aktiviti sukan terutamanya bola sepak melalui penganjuran Pesta Bola Merdeka sekitar tahun 70-an.
Bangunan bersejarah

Berbanding memori Wan Intan dan Khalib terhadap Stadium Merdeka yang bersifat semangat kebangsaan, generasi sekarang agak berbeza jika diteliti tujuan mereka ke bangunan bersejarah itu.
Bermula abad ke-21, banyak konsert telah dianjurkan seperti kumpulan Linkin Park, Mariah Carey, Avril Lavigne, Justin Biebir, Big Bang dan banyak lagi di stadium yang mendapat pengiktirafan sebagai bangunan warisan kebangsaan pada tahun 2003.
Peminat muzik berkumpulan, Nur Aina Najha Ahmad Mukhtar, 28, pernah dua kali ke Stadium Merdeka untuk menonton konsert kumpulan Muse dari United Kingdom.
"Saya memang meminati Muse dan pasti ke lokasi kumpulan itu mengadakan konsert. Selain di Kuala Lumpur, saya pernah menonton konsert Muse di Singapura," katanya yang berasal dari Kedah.
Selain konsert Muse yang diadakan pada tahun 2007, Nur Aina juga pernah ke Stadium Merdeka untuk bekerja di belakang tabir untuk acara muzik terbesar Malaysia, Rock The World.
Nur Aina mempunyai pendapatnya sendiri mengenai Stadium Merdeka yang kerap diadakan konsert di situ. Muzik kedengaran sangat jelas apabila diadakan di Stadium Merdeka, mungkin kerana ruangnya yang kecil berbanding Stadium Nasional.
Disebabkan pentas dibina di atas padang, hanya separuh bahagian stadium akan dipenuhi penonton dan penonton yang kelihatan ramai serta bersesak menjadikan suasana bertambah menarik bagi peminat muzik live band.
"Stadium Merdeka merupakan tempat yang selesa untuk berkumpul tanpa tujuan seperti mendengar muzik," ujarnya yang ke Stadium Merdeka bersama-sama rakan-rakan yang mempunyai minat sama.
SUMBER : Kosmo!
________________________________________________________________
IBM pun merasakan begitu. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis di Stadium Merdeka ini yang harus kita sama-sama gamit kembali. Dari bermulanya sambutan kemerdekaan, sampailah ke dunia sukan yang mana kita dapat melahirkan ramai jaguh-jaguh sukan di dalam beberapa acara sukan termasuklah bolasepak.

Tak payah cerita yang lain, negara kita ketika itu begitu di geruni oleh pasukan bolasepak dari rantau Asia. Dengar je nama Malaysia, mereka dah kecut perut kerana itu kita mempunyai satu pasukan yang kuat dan mantap yang di ketuai oleh penyerang sensasi kita, iaitu 'super Mok' atau nama sebenarnya, Mokhtar Dahari.

Maka, sedih jugalah kalau Stadium Merdeka di tinggalkan begitu sahaja tanpa di kenang kembali akan zaman kemasyahurannya. Bak kata perpatah, bila dapat barang yang baru, barang yang lama ditinggal jangan. Sekian dari saya yang sentiasa mengingati Stadium Merdeka, satu dari khazanah negara yang harus di jaga. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Pakat Ekonomi Ramal BN Kekal Memerintah. Kempunan Le Anwar Nak Jadi PM Ye. Boleh 'Bersara' Dari Politik. Kesiannn Dia!!

GENG-GENG  Anwar jangan marah tau. Ini bukan IBM kata, tapi....penganlisa dan pakar ekonomi yang kata. Ini kerana Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN)  umum akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Coporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.

Justin Wood
BN akan terus memerintah. Beliau meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya. Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan lansung asing (FDI) semakin meningkat. "Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini,” katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd disini semalam.
Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas dalam satu pakej.
SUMBER : Selangordaily.com

____________________________________________________________________________________________
IBM rasa ini yang Anwar @ sesumpah tu tak mahu dengar. Hilang steam dia nak jadi Perdana Menteri. Dah lama bebeno dia menanti dan mengidam nak jadi PM, tiba-tiba Mat Salleh ni pulak potong steam si nuar ni. Hancur lebur hatinya. Hasrat nak menawan Putrajaya tidak akan kesampian. 

Nampaknya sekali lagi berpihak kepada BN, kerana transformasi yang DS Najib ilhamkan betui-betui menjadi dan memikat hati rakyat. Janji Ditepati.  BYE..BYE ANWAR!! Sekian dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Anwar Malu, Khalid Terus Gagap. Sambutan Merdeka Pakatan Haram Di Selangor HAMBAR, Kurang Sambutan. Aduh Malunya!!

DI SELANGOR pula, bertempat di  Shah  Alam, diberitakan  sambutan ambang kemerdekaan anjuran kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi begitu HAMBAR dengan hanya kurang 2,000 yang hadir. Meskipun membariskan kehadiran Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Wan Azizah, juga Menteri Besar Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim serta seluruh barisan exco kerajaan negeri dan wakil rakyat negeri, namun ia gagal mendapat sambutan. Kesiannya!

Sambutan bertemakan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Terima Kasih Rakyat, Selangorku Terus Maju' kebanyakanya dihadiri oleh penyokong tegar PKR khususnya mereka di sekitar Shah Alam dan Klang. Malah, beberapa rakan blogger mendapati, reka bentuk pentas utamanya  meniru konsep rekabentuk pentas sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan saban tahun.

Apa yang menghairankan lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad terkandung bait-bait lirik "Tanggal Tiga Puluh Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh  Merdeka!, Merdeka!" yang dimainkan berulang-ulang kali dan berkumandang itu terasa janggal dan tidak ada kena mengena dengan tarikh sambutan kemerdekaan 31 Ogos. Alasan pemimpin Pakatan sebelum ini yang tidak mahu menyambut hari kemerdekaan pada kali ini kerana menghormati hari Jumaat. Hahaha...langsung tidak boleh diterima akal. Inilah akibatnya sekiranya Sultan sendiri dibelakangkan. Memang kurang ajar pakatan haram di Selangor. Bayangkan Sultan Selangor tidak diberi tahu dan dijemput bagi tujuan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Bayangkan pemerintah jadah apa ke  mereka ini?

Memang Hampeh betui. Ada-ada je alasan yang mereka nak beri ye. Nampaknya bunga-bunga nak kalah tu dah begitu hampir dan ketara buat pakatan haram di Selangor ni. Bersedialah korang. Kita jumpa di PRU ke-13 nanti. Kita tengok siapa yang kena. Tak sabo rasanya nak tunggu PRU ni. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA         

Tukar Bendera Malaysia ~ Siapa Dalangnya?

Cuba tengok betui-betui logo dibawah tu, logo siapa?
BELUM apa-apa lagi ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim @ 'sesumpah' sudah mengelabah. Disoal oleh seorang pengikutnya di lama sosial twitternya, Anwar menafikan sekeras-kerasnya penglibatan pembangkang yang dikatakan sebagai 'dalang' dan bertanggungjawab berhubung penyebaran risalah menukar 'Jalur Gemilang' di ambang Malaysia menyambut HARI KEMERDEKAAN KE-55. Malah, ketua pembangkang itu dalam nada tegasnya menempelak pihak yang mengaitkan perbuataan berkenaan dengan gabungan parti pembangkang. Boleh percaya ke kata-kata sesumpah ni?

Anwar juga berkata, tiada keputusan seumpamanya itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Jadi mengapa harus di putar belitkan, katanya dengan penuh geram. Ini, katanya, mesti ada pihak tertentu yang cuba memburukkan nama pembangkang. Dah tentu katanya permainan ini dilakukan oleh Umno. Umno lagi. Lagi Umno. Tapi...IBM rasa hairan juga, tiada sepatah pun perkataan yang dikeluarakan oleh pemimpin Umno atau menuduh bahawa penyebaran risalah menukar Jalur Gemilang itu di dalangi oleh pembangkang, jadi kenapa tiba-tiba Anwar  pulak yang mengelabah dan naik angin? Macam nak cover line je.

Lihatlah betapa gembiranya mereka dengan bendera baru rekaan pembangkang. Apa anda semua pun setuju bendera lama di tukar kepada yang itu?
Lagi pun, IBM  bukan nak menuduh ye, tapi..jelas di bahagian bawah risalah itu dicetak dengan logo kemerdekaan yang digunapakai oleh pembangkang dengan tema 'sebangsa, senegara, sejiwa'. Jadi, secara lojiknya, pembangkanglah yang empunya angkara. Takkan le Umno pulak yang nak cetak. Tak ada maknanya. Buang masa je. Kalau kita lihat bendera yang mereka reka untuk di ubah, alangkan malunya kita rakyat Malaysia. Miripnya seperti bendera kepunyaan republik Singapura dan Indonesia.  Aduh!!...malunya.

Ada macam muka budak-budak Umno ke depa ni?...cuba tengok betui-betui
Dan cuba lihat gambar di atas tu, anak-anak muda yang berangsa melayu dengan tiada rasa malu, segan, malah bangga pula dengan bendera baru yang mereka pegang. Takkan mereka-mereka tu budak-budak dari Umno kot? IBM percaya budak-budak Umno tidak akan buat sedemekian rupa. IBM tahu hati dan budi mereka. Kesimpulannya, sekiranya Anwar menuduh bahawa itu kerja Umno, kamu silap Anwar. Rakyat seluruh negara sudah masak denga perangai dan kerenah kamu. Gelaran 'sesumpah' yang mereka berikan pada kamu itu, amat-amatlah sesuai. 

Oleh itu, IBM mengajak para pembaca sekalian supaya berfikir, berfikir dengan sewaras-warasnya dan nilaikan siapa pembangkang itu sebenarya. Mereka sanggup mencemarkan keadaan semasa kita bersiap-sedia untuk meraikan di ambang kemerdekaan. Tiba-tiba mereka muncul dengan si tua bangka yang bergelar 'sasterawan negara', iaitu Pak Samad dengan di temani oleh si 'ayam betina tua' yang dah tak laku. Marina Chin namanya, mengajak rakyat berdemo dan bersajak. IBM tak faham..betui tak faham. Apa lagi tuntutan kepada kerajaan yang mereka nak?

Mereka ni betui-betui dah gila. Elok le mereka ni di tangkap dah di hantar ke Tanjung Rambutan dan di Tampoi kerana di situlah tempat yang sesuai bagi mereka-mereka ini yang sudah pandai menderhaka kepada raja dan negara dan langsung tidak menghormati dan mengerti apa itu erti KEMERDEKAAN. Sedih, memang sedih. IBM pun sama. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, August 30, 2012

Marina Chin 'Ayam Betina Tua' Pakatan Haram Dilacurkan.....


Marina Chin Abdullah Hantu Ambang Merdeka


Puak-puak Pakatan Rakyat bertekad mahu berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka untuk menebus aib akibat kegagalan BERSIH 3 suku  yang lalu.
 
'Janji Demokrasi' yang hanya pada nama ini berhimpun kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepad diri mereka sebagai Gabungan Janji. Namun rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat. Janji demokrasi "taik kucing" kalau janji pilihanraya yang lepas pun tak nampak pakatan haram ini tunaikan.
Matlamat mereka yang sebenarnya adalah untuk  menghuruharakan dan mengkacaubilaukan Malaysia serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Tema Hari Kebangsaan yang amat meresahkankan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’ cuba disabotaj penghayatannya.
Ambiga tidak mahu mengepalai demo ini lagi  setelah mengaku kalah kerana  tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka ‘pasar malam’ di hadapan rumahnya.
Demonstrasi ini akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais yang  juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.
Rakyat tahu bahawa kekacauan tetap akan berlaku walau pakatan haram ini berjanji untuk berdemo secara aman kerana mereka tahu janji pakatan haram ini tak boleh pakai.
Tujuan demo yang retorik semata-mata kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.
Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai. Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT. Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa ‘memberontak’ adalah hobinya. Jadi, elok beliau diabaikan saja.
Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut? Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.
Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.
Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis. Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.
Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.
Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.
Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.
Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?
Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.
Kebodohan pakatan haram membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam sambutan kemerdekaan adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi pakatan haram  dan juga Marina, khasnya. Rakyat Malaysia akan makin benci dan muak terhadap pakatan haram ini.
Selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.

SUMBER : Selangordaily.com
___________________________________________________________________________________________

Nampaknya giliran Marina Chin pulak untuk menerima kunjungan NGO yang akan membuka pasar malam, gerai burger dan mempersembahkan tarian punggung seperti yang di alami oleh Ambiga. Apa dia ingat dia terer benar ke? Jangan cabar. Ko tunggu le nasib ko nanti.

Just wait and see what will happen tonight. Maaf le, IBM speaking pulak. Kan apa, geram punya pasal pada ayam betina tua seko ni. Nak jadi heroin konon. Kita tunggu sapa yang kena nanti. Sekian, tengah geram betui ni ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

JOM 'Tweetup Merdeka' Bersama PM Malam Ini....

PELUANG untuk bertwitt dengan Perdana Menteri pada malam ini di tunggu oleh peminat dan pemegang akaun 'twitter'. Semua di alu-alukan untuk mengambil bahagian. Dan..ada hadiah 'misteri' menunggu kepada peserta yang Tweetup nya di balas oleh Perdana Menteri. Kata depa le.  Apa hadiahnya, IBM kurang pasti. Apa lagi tunggu, bersiap sedialah anda semua pada malam ini. 

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta pengguna laman sosial Twitter agar berhemah ketika menyertai TweetUp Merdeka pada malam 31 Ogos nanti. Walaupun tidak mempunyai kuasa untuk menapis mesej yang dihantar dalam Twitter, beliau berharap pengguna menggunakan perkataan sopan yang melambangkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Berhemahlah, jangan kita menggunakan perkataan yang kurang sopan kerana ini adalah hari merdeka. Masa untuk kita menghayati perjuangan negara kita.    "Kalau kita menerima adab timur dan masyarakat yang beradab, saya tidak fikir, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sopan," katanya selepas meninjau raptai persiapan 'Perhimpunan Janji Ditepati' di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. 

Mengulas mengenai persiapan perhimpunan itu, Rais berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 8,500 peserta yang terdiri daripada 75 peratus generasi belia.  Beliau amat yakin segala persiapan yang dibuat akan berjalan lancar pada malam itu nanti dan berterima kasih kepada para peserta termasuklah ibu bapa, guru, jabatan dan setiap yang terlibat dalam menjayakan acara ini,  katanya.

Akhir kata, IBM harap, gunakanlah kesempatan ini dan gunakan cara yang berhemah ketika hendak bertwitter dengan Perdana Menteri. Bersopan santun itu budaya kita. Moga sambutan hari kemerdekaan ke 55 tahun ini kita sambut dengan penuh keceriaan dan kelainan dari tahun yang sudah-sudah. Amin!!  Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Isu Lompat Parti : Khalid Dan Anwar Tak Sehaluan..Hancus Pakatan!!!

Apa je le yang di kelentong oleh SESUMPAH tu pada si gagap tu? apapun dua-duanya sama je. Dua x lima, lima x 2.

BAYANG-BAYANG kehancuran Pakatan Haram di Selangor semakin jelas terlihat. Apa tidaknya, Penasihat dan juga ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim di lihat tidak sehaluan dan sependapat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang 'Isu Lompat Parti'. Seorang kata A, seorang lagi kata B. Khalid sama sekali tidak bersetuju dengan undang-undang anti lompat parti yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang. 

Menurut Khalid, undang-undang itu tidak dapat menyelesaikan masalah lompat parti di antara pemimpin-pemimpin di dalam sesebuah parti. Oleh itu, si Khalid gagap mahu perkara ini dibincangkan secara serius di pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Mungkin Khalid sudah dapat membayangkan bahawa ramai di kalangan pemimpin-pemimpin mereka akan berbuat demekian selepas PRU ke-13 nanti. 

Ini kerana pergolakan di dalam pakatan rakayat, khususnya PKR begitu meruncing, dan ramai yang berpendapat, mereka akan tumbang di PRU ke-13 nanti. Mengikut kata Khalid lagi, undang-undang tidak dapat menyelesaikan 100 peratus perkara itu. Jadi, apa tindakan selanjutnya PKR Selangor dalam hal ini? Manakala di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kertas kerja mengenai perkara itu akan dibincangkan di mesyuarat exco negeri di masa terdekat ini.

Bagi pihak Anwar pula, tiada masalah pada dirinya, beliau bersetuju dengan cadangan yang di buat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dan bersetuju untuk berbincang dan memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti di negeri itu. Tapi.....dari apa yang dikatakan oleh Anwar, bagi sesetangah pihak dan penganalisis politik, undang-undang anti lompat parti yang cuba dipelopori oleh DAP itu dilihat tidak selaras dengan tindakan Anwar yang cuba 'memujuk' beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpaling tadah dan mengsiytiharkan diri mereka mesra Pakatan.

Itulah wajah 'sesumpah' (Anwar Ibrahim) yang sebenar. Cakap tak serupa bikin. Hari ini kata lain, besok kata lain. Pandai berkata-kata dan memutar belitkan kenyataan beliau. Akhir sekali, beliau akan menyalahkan UMNO. UMNO juga yang kena. Tapi...itu semua tidak menjadi kenyatan, bukan semua yang dirancangkan oleh Anwar berjaya. Kita imbas kembali pada PRU ke-12, 2008. Perancangan Anwar untuk menumbangkan BN dengan memujuk beberapa orang wakil rakyat BN supaya berpaling tadah pada 16 September 2008, tidak menjadi, tiada mendapat sambutan. Anwar gagal.

Oleh itu, apabila Menteri Besar Selangor menyuarakan tidak setuju dengan cadangan Anwar dan Lim Guan Eng untuk melaksanakan undang-undang lompat parti,  jelas, pakatan rakyat tidak sepakat. Mereka sedang menunggu kehancuran. Bagi Khalid pula, beliau sudah dapat membayangkan bahawa krier politiknya sudah sampai ke penghujungnya. Selagi sesumpah berkuasa dan berpengaruh dalam pakatan, maka sengsaralah hidup dan politik Khalid gagap.

Kesimpulannya, kita tengok perkembangan selanjutnya dan sejauh mana pakatan haram ini boleh bertahan di Selangor dan di beberapa negeri yang mereka kuasai sekarang. Bagi IBM, elok bebeno kedua-dua eko pemimpin PKR ini di singkirkan di PRU ke-13 nanti. Selagi mereka ada, Selangor akan musnah, begitu juga dengan 3 negeri yang mereka kuasai. Hancur!! Sekian tinjauan dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, August 29, 2012

Saya Tolak HUDUD Bersebab, Kata Tun M

SATU ketika dulu, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, bermacam-macam tomahan yang dilamparkan pembangkang terhadap Tun Mahathir. Ada yang kata beliau diktator, Mahafirun dan bermacam-macam lagi. Dan, termasuk jugalah isu HUDUD yang kononnya Tun Mahathir tolak mentah-mentah dan tidak akan dilaksanakan di negara ini, termasuk di Kelantan dan Terangganu.

Rupa-rupanya penolakan Tun Mahathir akan perlaksanaan Hudud yang di war-warkan oleh Pas ada sebabnya. Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangakan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah seperti yang terkandung dalam ajaran Islam. Ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang  (Pas) itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh, dibawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah. Itulah Hudud Pas. Sebab ketidak adilan itu mendorong Tun Mahathir tidak menyokong hukum hudud Pas itu, kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam, kerana Islam menuntut supaya setiap hukuman yang nak di kenakan adalah hukuman yang adil dan seadil-adilnya.

Potong tangan antara hukum yang dikenakan dalam hukum hudud. Orang kafir boleh terima ke hukuman ini?

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mengeluarkan kenyataan di lidah rasmi parti itu, HarakahDaily, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Kesitu pulak ceritanya. Apa punya banggap si Hadi Awang ni. Dan...munkin itu adalah salah satu ciri-ciri atau hukum hudud Pas. Agaknya le.

Begitu juga dengan Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz yang membuat kenyatan, kalau tak silap tahun lalu, akan memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuat kuasakan ke atas bukan Islam. Itu juga adalah antara hukum-hukum hudud Pas.  Pendek kata, memang tak boleh pakai hukum hudud yang nak dilaksanakan oleh Pas. Itulah sebab Tun Mahathir menolak akan perlaksanaan hukum hudud Pas. Ini jelas, bukan salah Tun Mahathir. Pas sendiri yang syok sendiri.

Ada lagi beberapa orang yang handal-handal dan tinggi ilmu keagamaan, lebih bagus dari pemimpin-pemimpin Pas menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara. Pas, ada faham kah?

Kesimpulannya, hudud yang di perjuangkan Pas selama ini, adalah hudud yang menyerumus kepada kejahilan Pas itu sendiri, cuba nak memperbodohkan umat Islam di negara ini, tapi....sebenarnya mereka (Pas) lah yang bodoh dan buta tuli. Hudud Pas adalah hudud palsu. Hudud yang direka sendiri oleh Pas.   Fikir-fikirkanlah. Selamat beramal. Sekian dari saya ~ IBM

Ingat Mat Sabu Ingat Komunis!!
Ingat Anwar ingat Liwat!!
Ingat PAS ingat Hudud!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, August 28, 2012

'Sesumpah' Kata Tak Akan Tinggal Di Putrajaya Kalau Jadi PM. PODAHHH!!

SUDAH menjadi lumrah sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan tinggal di kediaman rasmi yang di peruntukan oleh kerajaan yang sekarang ini di tempatkan di Putrajaya. Itu telah di putuskan oleh kerajaan, bukan individu yang menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi....ianya berbeza dengan ikrar yang dibuat oleh 'sesumpah' iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Katanya, sekiranya dia di menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Putrajaya. Perasaan dan berangan sangkan 'sesumpah' ni.

Kononnya Bil elektrik di Putrajaya tu terlalu tinggi, tak nak membazirkan duit rakyat. Alahai, ada je helah sesumpah ni. Nak bodek rakyat le tu. Nak jadi pemimpin dan Perdana Menteri contoh le kononnya. Berangan le ko sesumpah ooi. Tak ada siapa yang percaya dengan kata-kata dan janji manis mu. Cukup le apa yang telah kamu lakukan terhadap rakyat dan negara ini. Hura-hara jadinya.

Inilah banglo Anwar yang terletak di Bukit Segambut
Mengikut katanya lagi, beliau lebih selesa tinggal di kediaman beliau di Bukit Segambut dekat ibu negara berupa sebuah banglo yang begitu 'gah' dan lebih selesa. Nampaknya selera Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tiba-tiba kembali. Hairan juga IBM dibuatnya. Kan apa, kalau rakan-rakan pembaca semua masih ingat beberapa bulan yang lepas, Anwar seolah-olah telah putus asa.

Beliau tahu, impiannya bersama Pakatan Haram untuk menawan Putrajaya agak PUDAR, dan beliau menyatakan akan 'bersara' dari arena politik dan akan kembali ke profesen asalnya, iaitu menjadi pensarah. Tiba-tiba......nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri, memuncak kembali. Agak-agak siapa le yang memujuk dan memberi harap tinggi kepada Anwar bahawa Pakatan Haram akan beroleh kejayaan di PRU ke-13 nanti? maka......bergelarlah Anwar Perdana Menteri nanti. Podahhhh!! boleh belah le ko Anwar. Kami Pastikan angan-angan ko hanyalah angan-angan kosong ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...