Monday, August 13, 2012

Kenalkah Lagi Anda semua Pada MAT SENTUL??

SEMBANG-SEMBANG DUNIA SENI.......
 Mat Sentol (gambar terkini)
MASIHKAH anda semua ingat pada seorang pelawak veteran yang satu ketika dulu amat popular didalam industri filem tempatan? Pelawak veteran yang IBM maksudkan itu tak lain tak bukan yang bernama 'Mat Sentul' atau nama sebenarnya Mat Raship Yahya yang kini sudah menjangkau ke usia 79. Perkhabaran yang IBM dapat setelah terbaca di sebuah akhbar, pelawak veteran popular itu meluahkan perasaan dan berasa dirinya telah disisihkan oleh kebanyakan penggiat Industri Hiburan tempatan yang kononnya lawak-lawak beliau di anggap 'picisan' dan tidak lagi sesuai bagi penonton televisyen masa kini. Betul ke ni?
Lakonan Mat Sentol didalam filem 'Mat Lanon'
Bagi Mat Sentul, beliau merasa pelik dengan pandangan SKEPTIKAL yang diberi sedangkan pengalamannya sebagai pelawak begitu lama malah mampu menghiburkan sesiapa sahaja dengan profesional. Lebih 50 tahun beliau menjadi pelawak dan telah mengarahkan lebih 290 buah filem. Adakah tidak cukup lagi pengalaman itu?, tanyanya dan merasa pelik apabila ada segelintir pihak merasakan lawak beliau sudah BASI.

Kecewa dengan keadaan itu seolah-olah seperti disisihkan, tetapi nak buat macam mana, sudah menjadi lumrah pelakon senior sering dipandang sebelah mata, berbeza pula dengan negara luar, pelakon-pelakon lama disanjung tinggi oleh masyarakat disana. Walauapapun, kata Mat Sentul, hati beliau dan tekad mahu menghiburkan orang sehingga akhir hayatnya. Lebih-lebih lagi dalam lawak yang dibuat, terselit sindiran atau pengajaran. Beliau mahu semua orang terhibur dengnan lawaknya.

Dan juga di filem 'Mat Bond'
Sedih juga bila IBM dengan rintihan dari pelawak veteran ni, Mat Sentul. IBM pun minat dengan lakonan beliau. Bersahaja dan memang meninggalkan kesan yang mendalam setiap lawak yang beliau lakonkan. Sudah sewajarnyalah Mat Sentul ini diberi peluang untuk mengimbau kembali lakonan beliau di masa lampau dan janganlah beliau disisihkan. IBM harap ada pihak-pihak yang mendengar rintihan Mat Sentul ini, maka berilah peluang pada beliau. Bak kata perpatah : bila dapat barang baru, yang lama dibuang jangan. Fikir-fikirkanlah demi masa depan industri filem tempatan kita. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...