MINTA maaf je le ye. IBM ni bukan nak menyebuk akan hal rumah tangga orang. Apatah lagi kedua-dua pasangan ini orang popular dan kenali ramai. Tapi...kes rumah tangga depa berdua ni macam tak ada pengunjungnya. Ini kes Mahkamah yang melibatkan hubungan suami isteri. Kenapa nak di lambat-lambatkan? Kalau dah tak ada sefahaman, buat keputusan dan cari jalan yang elok. Masa bercinta dulu, tak fikirkan hal serupa ini. Dan...maaf sekali lagi kerana IBM tidaklah nak menyalahkan Aidil atau pun Rita. Mungkin ada jugak pihak-pihak tertentu yang menjadi dalangnya. Bukan menuduh, ini andaian IBM je.
IBM setuju sangat dengan apa yang disuarakan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seperti yang dipaparkan di dalam HarianMetro Online. Katanya, "Saya minta peguam supaya menasihatkan plaintif (Mohd Aidil). Kena ambil kira mana yang lebih penting sama ada kes Mahkamah atau pun bola sepak? kena korban salah satu. Ini tentang hidup mati, pahala dosa," kata Wan Mahyuddin.
Dengar tu Aidil. Itu nasihat yang amat-amat berguna. Ambilah keputusn yang bijak. Korang dah dewasa, dah pun bergelar Ibu dan Ayah. Kesiankan lah anak-anak tu. So, apa lagi masalah korang?......Hehehe...sibuk betui IBM ni ye. Sebenarnya, IBM ni peminat setia pada Aidil dan Rita. Tumpang sedih juga bila mendengar rumah tangga mereka hancur dalam usia yang begitu muda. Tak ada jalan penyelesaian ke korang ni? Bawak-bawak le berbincang. Tuhan sentiasa menyebelahi orang-orang yang suka berbincang dan berdamai, apatah lagi pasangan suami isteri.
Teguran dan nasihat ni ikhlas dari saya. Moga korang dapat bersatu kembali. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA