Thursday, August 30, 2012

Marina Chin 'Ayam Betina Tua' Pakatan Haram Dilacurkan.....


Marina Chin Abdullah Hantu Ambang Merdeka


Puak-puak Pakatan Rakyat bertekad mahu berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka untuk menebus aib akibat kegagalan BERSIH 3 suku  yang lalu.
 
'Janji Demokrasi' yang hanya pada nama ini berhimpun kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepad diri mereka sebagai Gabungan Janji. Namun rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat. Janji demokrasi "taik kucing" kalau janji pilihanraya yang lepas pun tak nampak pakatan haram ini tunaikan.
Matlamat mereka yang sebenarnya adalah untuk  menghuruharakan dan mengkacaubilaukan Malaysia serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Tema Hari Kebangsaan yang amat meresahkankan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’ cuba disabotaj penghayatannya.
Ambiga tidak mahu mengepalai demo ini lagi  setelah mengaku kalah kerana  tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka ‘pasar malam’ di hadapan rumahnya.
Demonstrasi ini akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais yang  juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.
Rakyat tahu bahawa kekacauan tetap akan berlaku walau pakatan haram ini berjanji untuk berdemo secara aman kerana mereka tahu janji pakatan haram ini tak boleh pakai.
Tujuan demo yang retorik semata-mata kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.
Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai. Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT. Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa ‘memberontak’ adalah hobinya. Jadi, elok beliau diabaikan saja.
Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut? Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.
Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.
Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis. Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.
Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.
Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.
Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.
Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?
Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.
Kebodohan pakatan haram membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam sambutan kemerdekaan adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi pakatan haram  dan juga Marina, khasnya. Rakyat Malaysia akan makin benci dan muak terhadap pakatan haram ini.
Selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.

SUMBER : Selangordaily.com
___________________________________________________________________________________________

Nampaknya giliran Marina Chin pulak untuk menerima kunjungan NGO yang akan membuka pasar malam, gerai burger dan mempersembahkan tarian punggung seperti yang di alami oleh Ambiga. Apa dia ingat dia terer benar ke? Jangan cabar. Ko tunggu le nasib ko nanti.

Just wait and see what will happen tonight. Maaf le, IBM speaking pulak. Kan apa, geram punya pasal pada ayam betina tua seko ni. Nak jadi heroin konon. Kita tunggu sapa yang kena nanti. Sekian, tengah geram betui ni ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...