Monday, August 6, 2012

Berhati-Hatilah....PAS Adalah Golongan 'RUWAIBIDHAH' Yang Terkutuk!!



BULAN Ramadan merupakan antara bulan yang paling mulia dalam Islam. Dalam bulan ini, segala kebaikan dibalas berkali-kali ganda oleh Allah Taala. Dalam bulan ini jugalah setiap manusia yang berdosa, diberikan peluang seluas-luasnya untuk menebus kejahatan dan kemaksiatan yang telah dilakukan selama 11 bulan yang lalu dengan kebaikan yang amat dituntut oleh Islam. Dari sekecil-kecil kebaikan sehinggalah sebesar-besar manfaat buat diri dan umat.
Namun di Malaysia, Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh segelintir manusia. Bukan kebaikan yang mereka cari, sebaliknya mereka mencari-cari kempen secara percuma. Mereka mencari pujian dan kekaguman daripada manusia Islam dengan menyanggupkan diri memberikan tazkirah sekalipun majoriti daripada mereka, langsung tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yang melayakkan mereka untuk mengajar atau bertazkirah.
Di Selangor, masjid-masjid dan surau-surau menjadi tempat pertunjukan golongan bodoh yang mahu dilihat dan diangkat sebagai ustaz atau ustazah. Dengan hanya menjadi ahli PAS, berserban, berjubah dan bercelak sedikit di mata serta berjanggut, maka mereka pun tanpa segan silu mengangguk-angguk apabila dipanggil ustaz dan disediakan tempat untuk bertazkirah atau memberikan kuliah agama.
Ada sesetengahnya yang solatnya pun tidak dijaga, bahkan ilmu taharahnya pun masih tidak lulus, beria-ia menyampaikan ceramah agama sekalipun lesen yang ada pada mereka hanyalah bekas artis.
Alangkah jauh dan dangkal pemikiran mereka.


Hanya kerana mereka ahli dan pemimpin PAS, mereka pun beranggapan ilmu yang ada sudah cukup untuk mengajar orang lain!
Kerosakan umat bermula daripada golongan yang berasakan mereka sangat layak menjadi pengajar atau guru. Bersandarkan kepada kewajipan berdakwah, kaedah dakwah yang mereka mampu fikirkan adalah dengan bertazkirah, berceramah dan mengajar agama. Lantas ini menyebabkan kejahilan yang diajarkan, semakin berkembang biak. Bahkan nilai-nilai sebenar Islam, ditutup serta diselindungi disebabkan kejahilan si tukang mengajar.
Ini yang sedang berlaku pada zaman sekarang. Sekarang ini, sesiapa sahaja boleh mengajar. Tidak banyak syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum dibenarkan mengajar. Cukup dengan hanya berpakaian seperti ulama yang sangat zuhud. Cukup dengan cakap-cakapnya seperti cakap-cakap ahli syurga. Malah lebih tepat lagi, cukup dengan memperkenalkan diri sebagai penyokong PAS, maka layaklah orang itu untuk mengajar, bertazkirah atau berceramah agama.

Kalau tidak ada keahlian dalam PAS, walaupun kelulusan panjang berjela, walaupun kepakaran dan keahlian mengatasi Mursyidul Am PAS, maka individu berkenaan tidak layak. Kalau pihak berkuasa agama enggan memberikan tauliah kepada orang PAS berkenaan untuk mengajar agama, pihak berkuasa akan dilihat sebagai pihak yang mengembangbiakkan kejahilan dan bersikap jahiliyah.
Seperti yang dikatakan oleh Nabi s.a.w lebih seribu tahun lalu, pada penghujung zaman, semakin ramailah kaum jahil yang akan berlagak seperti ulama. Mereka ini lebih tepat lagi digelar sebagai Golongan Ruwaibidhah.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R Ibn Majjah).
Fenomena ini sedang dihalalkan oleh PAS. PAS sendiri adalah sesuatu BIDAAH yang amat besar. bidaah yang sebenarnya telah awal-awal diperintahkan oleh Nabi s.a.w agar di tolak. Inilah sedang berlaku. Inilah golongan yang sedang mendapat perhatian dan sanjungan daripada kaum JAHIL yang apabila diberitahu kepad mereka, iktikad mereka itu salah, mereka pula menyalahkan orang lain.

Dek kerana itulah, ramai orang PAS yang bersungguh-sungguh dan berebut-rebut untuk mengajar, bertazkirah dan berceramah agama kerana mereka sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah Golongan RUWAIBIDHAH yang telah diceritakan oleh Nabi s.a.w lebih seribu tahun yang lampau.

Sumber Berita dipetik Dari : Selangordaily.com ~ Terima kasih.

 ________________________________________________________________

Komen IBM senang je, PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Elok beno le PAS di tolak perjuangannya sebelum ramai lagi yang akan sesat. Salam dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...