Saturday, August 11, 2012

Awas!!! Janji Pembangkang Boleh Buat Negara Bankrap..Bahaya..Bahaya..!!


BERJANJI memang senang. Bila-bila masa je kita boleh buat janji, tabur janji. Tapi, perlaksanaannya bagaimana, bolehkah segala janji-janji tu ditunaikan atau ditepati? Itulah antara persoalan yang Perdana Menteri kita, DS Najib persoalkan kepada pembangkang, kerana janji yang ditaburkan tu boleh memudarat dan mengbankrapkan negara. Lagi pun, berjanji ni adalah satu kepakaran yang dimiliki oleh pembangkang.

Semalam di Kuching Sarawak, DS Najib mengajak rakyak Sarawak supaya menggunakan akal dan fikiran dan tidak menjadi 'rocket scientist' untuk menilai segala janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang. Buat janji ni senang, bila-bila masa boleh buat, esok lusa, tulat? tapi....boleh ke ditunaikan?. Ada, ada juga yang telah ditunaikan, tapi, boleh di kira dengan tangan. Itu pun setelah di desak dan di desak.

Ini Baru Betul, Bukan Seperti Yang diatas Tu..

DS Najib memberi contoh  janji yang ditaburkan oleh pembangkang, iaitu mahu menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, penurun tol dan harga kereta. Kebanyakannya tidak mungkin dapat ditunaikan. Beliau harap rakyat Sarawak tidak cepat melatah dan menerima bulat-bulat akan segala janji yang dibuat oleh pembangkang. Hanya janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) 'Janji Ditepati ' sajalah yang boleh dijadikan sandaran. IBM rasa, saranan yang dibuat oleh DS Najib itu, bukan setakat untuk rakyat Sarawak, malah Sabah dan negeri-negeri di semenanjung juga harus mengambil iktibar dan mengambil serius akan apa yang DS Najib katakan. 


Janji Ditepati ini, bukanlah janji yang bermotifkan politik, kata DS Najib, tapi....ianya merupakan prinsip Islam dan sejagat. Janji pembangkang hanyalah untuk meraih undi kerana PRU ke-13 akan berlaku bila-bila masa. Jesteru, DS Najib menyeru rakyat Sarawak supaya merapatkan perpaduan di kalangan mereka, yakini BN dan juga pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri yang di pimpin oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. DS Najib yakin dengan kebolehan Pehin Seri (Abdul Taib) yang boleh bekerjasama dan rapat serta menghormati juga memahami kerajaan Pusat.

Apabila kita saling memahami antara satu sama lain, tiada masalah yang tidak dapat kita selesaikan, malah ianya boleh diselesaikan dengan segera. Begitulah harapan DS Najib kepada rakyat Sarawak. Diharap, kenyataan pembangkang yang Sabah dan Sarawak bukanlah 'deposit tetap' BN, adalah salah. Rakyat Sabah dan Sarawak tetap bersama-sama BN. Hidup BN!!. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...