Wednesday, August 1, 2012

Hukum Hudud....Siapa Penipu Sebenar Dalam Pakatan Pembangkang??



PAS perlu menerima kenyataan bahawa perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak pernah diterima oleh rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan kenyataan pemimpin Pas bahawa rakan sekutu mereka, DAP dan PKR memahami dan menerima hukum hudud adalah satu pembohongan.
“Pemimpin dan ahli Pas perlu menerima hakikat, perjuangan mereka tidak diterima oleh DAP, mereka tidak pernah mengiktiraf hasrat Pas untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
“Tidak perlu berbohong sekadar untuk mendapat sokongan, pemimpin Pas kini sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup berbohong bahawa perjuangan mereka diterima oleh DAP dan PKR,” katanya lepada UMNO-Online di sini.
Mazlan berkata, Pas terpaksa bertindak sebegitu kerana menyedari pilihan raya umum semakin hampir sedangkan sokongan rakyat terhadapnya semakin pudar, malah ada di kalangan penyokongnya mula meninggalkan parti itu sejak perjuangan mereka berubah selepas bergabung dengan DAP dan PKR untuk menubuhkan pakatan pembangkang.
“Sejak bersama DAP dan PKR, perjuangan Pas sudah jauh tersasar, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk `survival’ politik, sebab itu Pas terpaksa mengikut telunjuk, jika tidak mereka terpaksa bersendirian pada pilihan raya nanti.
“Pas kini bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang, Pas kini parti menjadi parti yang dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, walaupun tidak bertanding di kawasan Melayu.
“DAP akan bertanding di kawasan majoriti Cina, namun sokongan pengundi  Melayu penting bagi mereka apabila berhadapan dengan Barisan Nasional, dalam perkara ini hubungan DAP dengan Pas hanya sekadar untuk mendapat undi Melayu,” katanya.
Menurutnya, Pas tidak perlu beranggan tinggi untuk menjadi parti dominan, jumlah kerusi yang diperuntukkan sudah menunjukkan kedudukan Pas sehingga terpaksa merayu untuk menambah jumlah kerusi pada pilihan raya nanti.
IBM nak tambah sikit lagi. Pas memang sebuah parti yang tak tahu malu, ego tinggi, sombong dan berangan sendiri, dengan erti kata lain, parti syok sendiri. Telinga di pulas oleh DAPigs pun depa diam. Ini semata-mata nak nama, walaupun mereka tahu DAPigs tidak akan setuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Pas memang tunggul kayu, bahlol, dan bodoh seperti lembu. Hidung asyik kena tarik je.
Cukuplah setakat ini, korang baca dan fikir-fikirkanlah. Bahan berita di cedok dari MediaUMNO, terima kasih. Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH LE KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...