Tuesday, August 21, 2012

Chong Wei Tubuh Yayasan Bantu Anak Yatim,


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berhasrat menubuhkan sebuah yayasan kebajikan bagi membantu anak yatim dan golongan yang memerlukan. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012 London itu berkata, yayasan sempena namanya akan didaftarkan dalam masa terdekat. Sebenarnya, hasrat beliau untuk menubuhkan yayasan tersebut bermula sejak sebelum Sukan Olimpik lagi. Tapi, hasrat itu terpaksa ditangguhkan buat seketika bagi menumpukan kepada Sukan Olimpik agar fokus untuk memenangi pingat emas tidak terganggu.

Menurut Chong Wei lagi, untuk menubuhkan yayasan seperti itu bukannya perkara mudah kerana ia memerlukan khidmat ramai tenaga kerja. Apapun, katanya, ia adalah impian beliau sejak dulu lagi. Untuk menjayakan impian beliau itu, satu perancangan yang rapi dan bantuan orang ramai diperlukan.  Beliau mengharapkan abang dan kawan-kawan beliau dapat membantu bagi melaksanakan hasrat beliau itu.

Selain dari melaksanakan tanggungjawab sosial bagi meringankan beban anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan bantuan, tujuan yayasan tersebut ditubuhkan, itu adalah salah satu cara Chong Wei untuk kembali berjasa kepada masyarakat yang sentiasa mendoakan kejayaan beliau serta menyokong beliau di pentas badminton dunia. Kita nampak Chong Wei begitu serius di gelanggang badminton, tapi aktiviti kebajikan serupa ini bukanlah satu perkara baru buat pemain badminton yang berjiwa rakyat seperti Chong Wei ini. Syabas Datuk Lee Chong Wei.

IBM rasa, langkah yang di ambil oleh Datuk Lee Chong Wei haruslah dijadikan sebagai contoh kepada ahli-ahli sukan negara yag lain. Hasrat murni beliau harus kita sokong dan berikan galakan agar impian beliau tercapai dan diharap penubuhan Yayasan tersebut akan tercapai dan berjalan dengan lancar dan jayanya. Insyallah. Tahniah sekali lagi Datuk Lee Chong Wei. Peminat-peminat badminton tanah air sentiasa di belakang mu. Ikhlas dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...