Thursday, August 9, 2012

Ingatan Lemah, Jins Shamsuddin Tak Kenal Rakan Lama.??

TAN Sri Jins Shamsuddin, pelakon dan pengarah popular diera 80an kini semakin lemah daya ingatan. Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila beliau sudah tidak mampu lagi mengenali rakan-rakan lama yang menziarahinya pada Rabu lalu (8/8/12). Jurey Latiff Rosli, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, Jins kini semakin sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.
“Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini selepas menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini. Antara yang hadir dalam misi ziarah itu ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.
Jins (empat dari kiri) menerima kunjungan wakil persatuan Seni yang melawatnya pada hari Rabu yang lepas.
Jurey menjelaskan pada lawatan itu, Jins kelihatan ceria dan menyambut kedatangan mereka dengan baik tetapi sudah tidak mengingati mereka lagi. “Walaupun sudah tidak ingat beliau tetap melayan kami dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku,” ujarnya. Pada lawatan itu, pihaknya sempat menyampaikan sumbangan berbentuk hamper serta sumbangan wang tunai sebagai ingatan sempena kedatangan bulan Ramadan.
Dalam pada itu, Jurey memberitahu walaupun keadaan ingatan Jins semakin lemah tetapi memorinya mengenai industri perfileman tidak pernah luntur.  Sepanjang pertemuan itu Jins banyak bercerita mengenai sejarah tentang studio Jalan Ampas, peranannya dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Gafim. “Hairannya beliau masih mengingati dengan jelas mengenai kisah lampau beliau sebagai pelakon serta mampu berkongsi dengan kami semua kisahnya dengan baik,” ujarnya.

Tambah Jurey, Jins turut memberitahu masih ingin berkhidmat dan memberi sumbangan kepada industri selain mahu kembali bekerja seperti biasa. “Sekarang ni memang beliau hanya duduk di rumah dan berehat namun keinginannya untuk kembali bekerja dan berkhidmat kepada negara masih tinggi,” katanya. Ingatan Lemah, Jins Shamsuddin Tak Kenal Rakan Lama.
_______________________________________________________________
Sebagai peminat setia Tan Sri Jins Shamsuddin, IBM doakan agar beliau terus sihat, walaupun ingatan beliau sedikit terjejas. Begitu juga dengan para peminat Tan Sri yang lain, teruskan berdoa kepada seorang seorang seniman Tanah Air yang telah banyak berjasa di dalam dunia seni supaya sihat sejahtera kembali.  Itu adalah kehendak dan ketentuan dari Allah s.w.t. Banyakkan bersabar Tan Sri. Amin. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...