TENGOK, betapa sayang dan prihatinnya kerajaan terhadap para peminjam (pelajar) PTPTN. Tak ada duit nak bayar balik, kononnya masih ada pelajar-pelajar yang belum lagi mendapat pekerjaan, maka, PTPTN mengesyorkan agar semua peminjam membuat bayar balik pinjaman PTPTN serendah RM50 ringgit. Tak boleh kah, dan masih tak mampu kah?
IBM rasa, tawaran yang dibuat oleh PTPTN ini sungguh-sungguh ikhlas dan mereka bersimpati terhadap apa yang dihadapi oleh para pelajar. Mengikut kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, PTPTN juga amat bertolak ansur dengan pinjaman kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik. Jangan terikut-ikut hasutan pembangkang. Tujuan mereka hanya nak melingkupkan negara.
Sebenarnya bukan hasrat atau matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberi PERINGATAN supaya pelajar yang BERHUTANG dapat menghubungi dan berurusan dengan mereka dan tidak mendiamkan diri begitu sahaja. Oleh itu, dengan kadar serendah RM50 yang ditawarkan, takkan tak boleh bayar kot. Fikir-fikirlah sendiri kerana hutang tetap hutang dan ianya mesti dibayar balik.
Mungkin ada sesetengah pelajar, fikiran mereka telah diracui oleh pihak pembangkang yang kononnya mahu memperjuangkan agar pinjaman PTPTN ini dimansuhkan terus. Itulah janji pembangkang sekiranya mereka menjadi pemerintah di PRU ke-13 nanti. Tapi.. boleh diterima pakai ke janji-janji pembangkang tu? WA. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA