CHONG WEI tidak menghadapi masalah besar menundukkan Simon dalam pertarungan straight set pada aksi kalah mati di Arena Wembley semalam.
JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus menyalakan harapan 27 juta rakyat Malaysia bagi memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London. Semalam, Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat suku akhir acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Simon Santoso dari Indonesia 21-12, 21-8 pada aksi kalah mati di Arena Wembley.
Meskipun baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya pada Mei lalu, Chong Wei tidak menampakkan sebarang tanda-tanda kesakitan sepanjang 36 minit perlawanan berlangsung. Pada peringkat suku akhir, Chong Wei akan berdepan pemain India, Kashyap Parupalli yang menundukkan Niluka Karunatne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 21-9.
Terdahulu, bintang sensasi China, Lin Dan turut mara ke peringkat suku akhir apabila mencatatkan kemenangan ke atas juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia 21-9, 21-12. Lin Dan yang meraih pingat emas pada Olimpik 2008 di Beijing, China kini diiletakkan sebagai pemain pilihan kedua di London. Melihat corak pemainan Datuk Lee Chong Wei memusnahkan impian pemain no 1 Indonesia, Simon Santoso, seolah-olah beliau sudah menemui kembali sentuhan asalnya setelah di landa kecederaan baru-baru ini.
Hanya Datuk Lee Chong Wei lah kita bergantung harapan agar impian untuk membawa balik sebutir pingat emas ke Malaysia menjadi kenyatan. IBM bukan tak yakin kepada para athlik yang lain, tapi, pengalaman yang membezakan mereka. Apapun, macam-maca boleh berlaku. Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar impian jutaan peminat-peminat sukan tanah air, terutamanya peminat badminton menjadi kenyataan. Datuk Lee, teruskan perjuangan mu, kerana perjuangan mu masih belum selesai. Sekian.....majulah sukan untuk negara. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA