Saturday, August 18, 2012

Malaysiakini Ejen Pembangkang??


KALAU soalan ini diajukan kepada IBM samada benar Malaysiakini 'ejen' pembangkang, jawapanya IBM ialah benar, tiada benar selain dari benar. IBM rasa bukan IBM sahaja yang akan memberi jawapan yang sedemekian, malah anda diluar sana pun akan berkata begitu. Ini, kerana setiap apa yang dipaparkan di Malaysiakini tentang hal kerajaan di putar-belitkan, dan selalunya di pandang negatif.  Dengan erti kata lain, semua yang dibuat kerajaan untuk rakyat tidak betul, dan segala apa yang di tulis di dalam Malaysiakini adalah mewakili suara pembangkang.

IBM setuju sangat bila Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah meminta dan mengesa Ketua Pengarah portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar menjawab persoalan dan keresahan rakyat berhubung dakwaan mengaitkan portal itu sebagai 'ejen pembangkang'. Ini kerana portal itu sering kali melihat apa jua inisiatif kerajaan untuk pembangunan dan kebaikan rakyat sebagai negatif.


Juga, ianya jelas menampakkan sikap tidak profesional Malayskini, termasuk ruangan Cartoonkini yang memaparkan bahan jenaka keterlaluan dan berniat jahat. Malaysiakini juga bukan sebuah portal berita yang profesional dan agenda mereka adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin negara. Jadi tak terkejut, apa sahaja kebaikan untuk rakyat akan dilihat negatif oleh Malaysiakini.

Kalau Utusan Malaysia di anggap ejen kerajaan Barisan Nasional (BN), maka Malaysiakini pula menjadi ejen dan barisan depan media pembangkang. Itulah kerja pembangkang, tak habis-habis nak menghuru-harakan negara dengan menggunakan media cetak seperti Malaysiakini sebagai tempat mereka menabur fitnah, memburuk-burukan kerajaan hingga membuat rakyat keliru.

Untuk itu, elok benarlah kerajaan bertindak terhadap portal Malaysiakini ini, kerana sekiranya dibiarkan mereka akan bermaharajalela dan akan terus menabur fitnah kepada rakyat. Gunakan kuasa yang kit ada. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kita tidak memerlukan sebuah akhbar seperti Malaysiakini di negara kita ini. Mereka bolehlah dianggap seperti musuh dalam selimut, diberi lesen dan kebebasan bersuara, kerajaan pulak yang mereka jadikan musuh. Yang untungnya, pembangkang. Sial punya Malaysiakini. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...