Friday, August 10, 2012

Salah Guna Kuasa. Buntut Khalid Gagap Panas. MCA Terus Bongkar Lagi Dan Lagi.....



BUNTUT Khalid gagap semakin panas. Berapi-rapi. MCA terus menghantui Khalid Ibrahim dengan isu hutang Talam. Terbaru semalam Datuk Chua Tee Yong sekali lagi mendedahkan bagaimana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim membeli cerun bukit milik Talam pada harga RM 4.2 juta , lebih 1.2 juta dari harga yang dinilaikan oleh jurunilai.
Pada tahun 2010 sebuah syarikat milik Talam, Pada tahun 2010, Ulu Yam and Country Club Sdn Bhd telah menjual 60 % saham mereka kepada Kerajaan Selangor telah dengan harga RM4.2 juta. Baki 40 peratus saham dipegang oleh sebuah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
Satu-satunya aset atau pun aset tunggal yang dimiliki oleh syarikat ini adalah tanah cerun bukit seluas 199 ekar di Ulu Yam. Manakala syarikat itu mempunyai beban hutang sebanyak RM 807,000.00 . Bermakna, nilai saham syarikat adalah bergantung kepada tanah cerun bukit yang dimilikinya itu.
KHSB yang merupakan pemegang saham 40 % dalam syarikat tersebut pada masa itu bukan sahaja menasihat malah menolak hasrat kerajaan Khalid Ibrahim untuk membeli 60 % dalam syarikat itu dengan harga RM 4.2 juta.
Seperti yang diketahui umum, Khalid Ibrahim seorang yang keras kepala dan berfikiran hanya dia sahaja yang cerdik dan dia sahaja yang betul. Khalid telah melantik sebuah syarikat penilai bagi menilai harga tanah cerun itu.
Hasil nilaian yang dilakukan oleh Sulaiman & Co mendapati tanah cerun seluas 199 ekar itu hanya bernilai RM 5 juta. Jumlah 199 ekar itu termasuk dengan yang dimiliki oleh KHSB sebanyak 40 %. Jika dikira yang bakal dibeli oleh kerajaan negeri sebanyak 60 %, nilainya hanya RM 3 juta sahaja.

Khalid tidak peduli semua itu dan mengarahkan Kerajaan Negeri membeli 60% tanah tersebut dengan harga RM4.2 juta. Jelas sekali disini bagaimana Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Kerajaan Negeri membeli tanah tersebut melebihi harga pasaran yang hanya RM3 juta.
Sebab itulah samapai ke hari ini Khalid tidak berani untuk mengulas isu berhubung hutang Talam, kerana dia tahu dia banyak melakukan penyelewangan dalam hal ini. Maka, elok bebenolah MCA bongkar satu demi satu penyewelangan yang dilakukan oleh Khalid gagap ni. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya, apa akan terjadi pada Khalid gagap seterusnya, kerna EPISOD salahguna kuasa oleh Khalid gagap belum berakhir.

Oleh itu, kepada rakyat Selangor yang inginkan negeri Selangor ini kembali normal seperti biasa semasa di bawah pemerintah Barisan Nasional (BN), atau akan lebih baik lagi, jom....kita tukar kerajaan pada PRU ke-13 nanti. Itu je yang IBM dapat perkatakan. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...