Friday, August 17, 2012

Janji Ditepati. Pandelela Terima Ganjaran Dari PM. Tahniah!!


JANJI ditepati. Itulah yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Abd Razak. Setiap apa yang beliau janjikan kepada rakyat, insyallah akan beliau tunaikan. Begitu jugalah pada para atlet kita yang berjaya membawa pulang pingat di sukan Olimpik 2012 di London. Hari ini, DS Najib telah meraikan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg yang telah meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara terjun 10 meter platform, di pejabatnya.


Sebagai pengharagaan kerajaan, DS Najib menyampaikan sumbangan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 kepada Pandelela di atas kejayaan beliau mengharumkan nama negara dalam kejohanan BERPRESTIJ itu.

Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana Universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya. Dalam pertemuan lebih 10 minit itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan sedia menghulurkan segala jenis bantuan bagi membolehkan atlet muda itu meningkatkan prestasi dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
________________________________________________________________
Beruntung betui para ahli sukan negara kita pada la ni. Berjaya je mengharumkan nama negara, dah pasti di beri ganjaran yang lumayan. Kaya-raya depa-depa ni.  Tapi...jangan di sebalik ganjaran yang lumayan itu, anda semua mudah lupa diri, tinggi diri dan sombong pulak. Apa yang yang perlu pertingkatkan lagi pretasi anda semua di dalam sukan yang anda cuburi. Harumkan nama negara, bawa sebanyak mungkin pingat yang boleh. Insyallah, ganjaran sedia menunggu anda semua. Anak anda minat kat Sukan? Jangan lupa, didik mereka, mana le tahu, kota bola jadi macam si Pandelela tu. Apatah lagi apabila kita mempunyai kerajaan dan Perdana Menteri yang prihatin dan meminati sukan. Janji beliau tetap di tepati. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Tapi ramai dok tunggu janji Johari Pain.

    ReplyDelete
  2. Salam Qalam Qabut,

    Siapa Johari Pain tu, dan apa janji beliau dan pada siapa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...