Wednesday, August 22, 2012

Trafik Perlahan Di Kawasan Utara..



KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di beberapa kawasan di bahagian utara Lebuh Raya Utara Selatan mengalami kesesakan sejak tengah hari ini ekoran pertambahan kenderaan serta beberapa kemalangan kecil. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, antara kawasan terbabit ialah Sungai Petani menuju ke Bertam serta Kuala kangsar ke Terowong Menora. 

Trafik perlahan bermula pukul 12 tengah hari tadi dan ditambah dengan kemalangan menyebabkan trafik bertambah sesak, kata Jurucakap tersebut ketika dihubungi oleh Bernama, di sini. Beliau berkata, kawasan lain yang mengalami aliran trafik perlahan disebabkan pertambahan kenderaan ialah Sungai Dua ke Juru serta Sungkai ke Slim River.

Di kawasan selatan tanah air serta Lebuh Raya pantai Timur, keadaan trafik lancar dan terkawal. Begitu juga dengan plaza tol ke pusat bandar tidak mengalami masalah kesesakan, katanya. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twiter di www.twiter.com/plustrafik.
________________________________________________________________

Kepada pengguna jalan raya yang nak balik ke Ibu Kota, rancanganlah perjalanan anda dengan betul, jangan tergopoh-gapah, tak lari mana Ibu Kota tu. Pandu perlahan, jiwa selamat. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...