Monday, June 20, 2011

Anwar dinasihatkan jangan sibuk, tumpu kes liwat

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya menumpukan pada kes liwatnya dan menjawab dakwaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah daripada 'berkokok' berlagak seperti hero di negara ini.

Justeru Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd. Nor menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan pembangkang menangguhkan perhimpunan haram Bersih.

"Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab.

"Dalam pilihan raya PKR hanya satu jaminan yang pasti dan jelas daripada Anwar untuk ahli parti iaitu Azmin Ali mesti dijamin menang walau apa cara sekalipun," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Ezam, episod skandal penyelewengan Anwar-Azmin itu disaksikan berminggu-minggu dan berakhir dengan keluarnya tokoh-tokoh PKR.

KOMEN IBM : ITULAH KETELUSAN YANG DIAMALKAN OLEH PKR. BERSIH, ADIL DAN SAKSAMA. KUMAN DI SEBERANG BOLEH NAMPAK, BANGKAI GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK. KEPADA PENGIKUT-PENGIKUT SI AL-JUBURI, SOKONG..SOKONG...ANGKAT TELO SI ANWAR TU. TAK LAMA LAGI DIA NAK KEDALAM, BILA LAGI..HEHEHE..


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...