DAP Persendakan Dan Merendahkan-rendahkan Martabat Pemimpin Tertinggi Umat Melayu Melalui Doa Dalam Khutbah Jumaat.
Secara tidak langsung, kita dapat tafsirkan bahawa DAP telah melakukan persendaan dengan niat merendah-rendahkan pemimpin tertinggi umat Melayu dan Islam itu, Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu melalui doa yang dilakukan kepada ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah jumaat sebagai mengganti doa kepada Yang diPertuan Agong yang biasa dilakukan sebelum ini.
Kejadian mendoa untuk pemimpin bukan Islam itu terjadi di banyak tempat seperti didedahkan oleh Berita Harian 26 Ogos 2010, antaranya pada 25 Februari, 25 jun, 13 Ogos dan 20 Ogos 2010 dalam masjid semasa khutubah Jumaat di beberapa daerah dalam negeri pulau pinang.
Perbuataan mendoa itu diakui sendiri oleh salah seorang khatib di salah sebuah masjid yang beliau sendiri terlibat dalam pembacaan doa kepada Ketua Menteri pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bukan Islam. (Rujuk : Sinar Harian 26 Ogos 2010).
Sementara itu, dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku pengunaan nama Ketua menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat jumaat seperti yang didedahkan oleh media tempatan.
Mereka ialah pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid jamek Jelutong, Abu Kasim Ismail.
Hamir mengakui nama guang Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat jumaat pada 25 jun 2010 lalu.
Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang. )lihat : Utusan Malaysia, 21 Ogos 2010).
Menurut pandangan ajaran islam, perbuatan mendoakan untuk orang bukan Islam memang terdapat larangan yang jelas dalam al-Quran, yang mana Allah mekarang nabi Ibrahim berdoa kepada bapanya. Firman Allah, Bermaksud : " Tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang yang beriman mendoa keampuan (kepada Allah) bagi pihak orang musyrik, walapun orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahanam,: (Surah al-Taubah {9} ayat 113).
Bersambung...............
# IBM : Itulah kerja DAP yang mahu memecah belahkan umat Islam di negara kita ini, khususnya di Pulau Pinang. DAP langsung tidak menghormati perlembagan negara kita, mereka mahu berkuasa. Dan mereka menggunakan dan mengkuda2kan PAS bagi tujuan politik kotor mereka. PAS sampai kini masih tak sedar diri, bersetongkol dengan DAP, juga demi cita-cita dan dendam mereka kepada UMNO. Maka, rakyatlah yang menjadi mangsa. Bangkitlah wahai bangsa ku melayu. Kepada Melayu Pulau Pinang, sanggupkah anda menjadi hamba di negara sendiri..?...fikir-fikirkanlah......