" Parti memerintah, kalau hadapi masalah kenalah undur, beri peluang kepada kami untuk perintah"- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
UMNO perlu berundur secara terhormat : Hadi.
Di tulis oleh : Nurkharini Jumari.
SHAH ALAM - UMNO perlu berundur secara terhormat jika tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat, sekali gus mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada masa yang sama katanya, UMNO perlu bersikap terbuka menerima kekalahan dan tidak menggunakan taktik kotor seperti yang di lakukan di Perak apabila bertindak 'merampas' Kerajaan Negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR).
" Parti yang memerintah, kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kami untuk memerintah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pas Sedia Ganti UMNO di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Presiden, Nashuruddin Mat Isa, setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Muslimat, Nuridah Mohd Salleh, dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Abdul Hadi berkata, walaupun UMNO cuba menyembunyikan masalah yang berlaku dalam parti itu, tetapi lama-kelamaan terdedah juga.
" Pas ada kekuatan dan strategi yang baik, bukannya menumpang kelemahan UMNO untuk menang dalam pilihan raya," katanya.
Menurutnya kekuatan Pas perlu dibina kerana cabaran paling besar bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan. " Kalau nak lawan, Pas kena ada kekuatan sendiri. Strategi sendiri dan kena ada cara untuk berlawan dengan musuh. Pas kena gerakkan di peringkat akar umbi," katanya.
Terdahulu, dalam ucapanya, Abdul Hadi mengariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam Pas agar Parti itu mampu memerintah negara. Perkara itu adalah kekuatan akidah dalam kalangan ahli, kekuatan pada organisasi termasuk cawangan yang aktif dan banyak di samping bilangan keahlian tinggi, serta strategi baik untuk di gerakkan ke akar umbi.
# IBM : Memang Hj Hadi dah nyanyuk, semangkin nyanyuk, jangkitan dari Nik Aziz kot. Kalau dah macam merayu, meminta sedekah supaya menyerahkan pemerintahan negara kepada Pas, memang Pas adalah sebuah Parti yg tak bermoral, rendah mertabatnya, cetek pemikirannya di dalam politik, dan suka memecah belahkan masyarakat dengan pembohongan demi pembohongan yang Pas buat. Kesian...kesian....
Ada sumber dari Terengganu yang IBM dapat, bahawa ahli-ahli Pas di Terengganu tidak langsung menghormatinya dan mengenang jasanya...tapi Hj Hadi masih tak sedar diri, rakyat di Terengganu terutamanya ahli-ahli Pas mahu beliau berundur.........