Monday, November 29, 2010

Poligami Tidak Mudah. Bukan Hak Eksklusif Suami




POLIGAMI adalah penawar dan ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana tujuan pensyariatannya bagi menyelesaikan masalah.
Bahkan poligami disyariatkan bagi mengelak masyarakat terbabit dengan pelbagai gejala moral yang boleh meruntuhkan institusi rumah tangga.
Malah, jika diteliti keburukan berpoligami jauh lebih baik bagi masyarakat, keluarga dan individu dibandingkan dengan keburukan membiarkan umat Islam terbabit dengan kancah zina dan persundalan dengan sewenang-wenangnya.
Jesteru itu, sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu menikut segala peraturan ditetapkan sama ada berlandaskan hukum syarak yang menetapkan syarat berlaku adil mahupun aspek perundangan syariah negara bagi mengelak suasana haru-biru yang mencemarkan imej institusi kekeluargaan Islam.
Malah, lebih memburukkan keadaan apabila ada yang mengambil jalan mudah berpoligami di negara jiran seperti di Selatan Thailand yang boleh dipertikaikan status pernikahannya.
Di Malaysia kebenaran untuk berpoligami tertaluk kepada peruntukan Undang-undang keluarga Islam yang dikanunkan di seluruh negeri.
Disamping itu, ia juga bagi memelihara keperluan anak-anak yang kemungkinan terabai akibat perkahwinan yang baru.
Peruntukan sebegini juga perlu supaya keharusan berpoligami tidak disalahgunkan dan imej poligami Islam yang baik dapat dilahirkan.
Perlu juga diingat poligami bukan tiket untuk berseronok dan melepaskan nafsu semata-mata.
Poligami juga bukan hak eksklusif untuk suami berkahwin lagi. Suami yang ingin berpoligami tertaluk kepada syarat boleh berlaku adil antara suami isteri dan anak-anak yang di bawah tanggungannya.

# IBM : Bukan mudah nak berpoligami ni. Sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu mengikuti segala peraturan ditetapkan...belum ada hati lagi nak berpoligami...
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...