Wednesday, November 17, 2010

Nizar Jadi Tukang Tilek.


PAS TAK SESUAI BERSAMA BN : NIZAR.

IPOH - Timbalan Persuruh 1 Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Pas tidak mungkin bersatu dengan Barisan Nasional (BN) berdasarkan sejarah lampau Pas dipecat BN.
Menurutnya, kedudukan Islam lebih baik apabila Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) berbanding Pas bersama BN satu ketika dulu. " Dalam konteks sekarang, masyarakat bukan Islam telah mula mengenali dan menghormati Islam sebagai 'addeen' sejak Pas bergabung dengan PKR serta DAP.
" Apa gunanya kedudukan Pas lebih baik bersama BN jika sekiranya Islam dibenci dan ditakuti oleh kaum bukan Islam di Malaysia," katanya kepada Pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demekian mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang mensifatkan kedudukan Pas akan jauh lebik baik jika parti memperjuangkan Islam itu bersama BN berbanding PR.
Nizar berkata, kenyataan Ahmad Maslan dilihat retorik dan mempunyai unsur perkauman yang bertujuan untuk mengelirukan serta memecah belah ikatan PR. Katanya, secara realiti, BN sebenarnya cemburu dengan sokongan dan penghormatan tinggi kaum bukan Islam terhadap Pas ketika ini.
" Rata-rata rakyat menolak BN khususnya apabila UMNO merampas Kerajaan Negeri Perak.
" Pas lebih selesa dengan PR dan tak perlu untuk Pas bersama BN dalam agenda pembangunan rakyat serta negara, katanya.

# IBM : Itulah satu kenyataan dari seorang yang masih berangapan dia masih lagi Menteri Besar Perak. Dia seolah-olah gila 'talak'....meroyan sana, meroyan sini.....kesian si Nizar ni........
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...