Saturday, November 13, 2010

Inilah ULAR Kepala 2 (DUA). Protes, Tapi Tanding.


Sidang Akhbar bersama Mustaffa Kamal.
Naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub akan terus bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu yang sedang berlangsung. Sidang media hari ini diadakan selepas kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berakhir semalam, yang menuntut supaya pemilihan ditangguhkan kerana didakwa berlaku penyelewengan. "Tetapi selepas berjumpa dengan Dr Molly Cheah (pengerusi JPP) semalam, beliau memberikan tiga komitmen kepada saya dan saya memutuskan untuk mengambil jalan tengah.

"Jika pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding walaupun dalam protes. Tindakan ini sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota peringkat akar umbi yang menginginkan saya terus bertanding jawatan itu," katanya sambil menambah bahawa beliau bukan seorang “pengacau”.

Katanya, Cheah dan JPP bersetuju dengan beberapa tuntutannya seperti yang digariskan dalam memorandumnya. Antaranya:-

  • JPP akan menjadi badan autonomi penuh.
  • Sebuah panel pemantau profesional dibentuk bagi memastikan keterbukaan dan intergriti JPP dalam pemilihan parti.
  • Bertindak terhadap aduan atau cadangan yang dikemukakan dalam memorandum itu sama ada pada peringkat cabang mahupun pimpinan pusat.

“Meskipun memahami hasrat dan rintihan sesetengah ahli akar umbi yang mahu saya memboikot atau menarik diri dari pemilihan, namun untuk kepentingan parti, saya akan terus bertanding,” katanya. Menurut Mustaffa beliau menerima pesanan yang tiga perempat mahukan beliau terus bertanding pada pemilihan PKR yang sedang berlansung itu.

# IBM : Memang ramai ular kepala 2 di dalam PKR......

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...