Sunday, November 21, 2010

ZAID SALAH LANGKAH LAGI......


Tokoh Hebat Selalu Tewas Sebab Tidak Sabar.
(Mengimbas kembali)

MEMANG Datuk Zaid Ibrahim seorang hebat. Tapi sebenarnya Zaid peguam terkenal inipun selalu salah langkah. Banyak langkah Zaid tidak menjadi. Dalam kata mudah, Zaid selalu tewas dalam perjuangan.
Dari segi kerja Zaid memang gigih dan proffesional. Tapi kegiggihan Zaid belum cukup menjamin kejayaan. Dia sering tewas dengan percaturan.
Orang melihat Zaid tidak pernah puas dengan dengan apa yang dia kecapi. Ramai tidak faham apa sebenarnya Zaid cari dalam perjuangannya.
Disebabkan sikap pelik ini Zaid dianggap berjuang untuk kegagalan.
Sebab itu, apabila Zaid dipilih Parti Keadilan Rakyat (PR) bertanding dalam pilihan raya kecil HUlu Selangor dulu, awal-awal lagi kedengaran suara nakal berkata " Alamat kalahlah PKR..."
Bukan bermakna Zaid tidak bagus atau tidak hebat. Zaid memang bagus dan hebat. Cuma Zaid terlalu banyak impian. Impiannya pula besar, impian itulah membuat dia tewas.
Zaid pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di zaman Abdullah Badawi. Zaid diberi peranan jaga badan kehakiman, jawatan yang dianggap penting dan dipandang mulia.
Amant Pak Lah pada Zaid, beri imej baru pada badan kehakiman. Pak Lah letak kerpercayaan tinggi pada Zaid. Pak Lah serah tugas besar itu sebab yakin pada kebolehan Zaid.
Pelik, tidak smpai setahun berada dalam kabinet Zaid terus buat kejutan. Dia letak jawatan Menteri, itulah peliknya Zaid. Ramai tokoh politik berebut-berebut nak jadi menteri, tapi Zaid letak jawatan menteri.
Tidak lama kemudian Zaid melihat UMNO sudah kehilangan arah. UMNO sudah tidak demokratik dan UMNO penuh kepura-puraan.
Zaid buat kejutan lagi. Kali ini dia masuk PKR. Zaid melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagus dan lebih baik berbanding Pk Lah atau Najib.
Atas kehebatan dan kewibawaannya Zaid cepat memanjat tangga dalam PKR. Walaupun baru Zaid terus diberi peranaan besar. Dia melepasi ramai tokoh veteran dalam PKR.
Keseronokan Zaid dalam PKR juga tidak lama. Baru beberapa bulan dia mula muak dengan gelagat dalam PKR. Dia nampak PKR lebih teruk dari pemimpin UMNO.
Jika dulu Zaid melihat pemimpin UMNO teruk, kali ini Zaid nampak Anwar jauh lebih teruk dari pemimpin UMNO yang dianggap teruk dulu.
Terbahru Zaid bercita-cita mahu tubuh parti baru. Dengar ceritanya parti baru impian Zaid itu akan dinamakan Parti Keadilan Baru. Apakah parti baru itu mampu beri kepuasan kepada Zaid yang tidak pernah puas..?
Sekarang orang nampak Zaid keseorangan menentang Anwar dan Azmin. Dulu bersama Mustaffa Kamil kritik Anwar dan Azmin. Tapi bila Zaid umum mahu tubuh parti baru, Mustafa Kamil segera berpatah balik sokong Anwar.
Tinggallah Zaid keseorangan meneruskan perjuangan yang entah bila akan selesai.

# IBM : Sebenarnya selera Zaid ni besar, besar bak seekor jerung yg tak pernah kenyang. Dia bercita-cita besar. Saya mendapat maklumat, Zaid memang bercita-cita nak menjadi seorang Perdana Menteri. Dia tahu penasihat PKR Anwar akan kalah di dalam kes liwatnya. Maka Anwar tidak akan dapat memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Zaid beranggapan PKR lah titi untik di melompat dan terus ke Putrajaya.
apa pun...tuhan itu maha adil, Tuhan masih sayangkan BN/UMNO.....itulah akibatnya. Yang dikendung berciciran, yang di kejar bertaburan. Makan tewaslah seorang pemimpin yang bercita-cita besar. Saya nak tanya Zaid, mahu kemana selepas ini..?..jadi Mat Jeniang le ko Zaid. Orang tamak selalu rugi...kesian..!
# Sumber berita : Ikhsan dari mingguna warta Perdana. TQ.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...