Thursday, November 25, 2010

Fitnah Terhadap Tun, Anwar DiArah Bayar RM70,000


PUTRAJAYA 24 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim diarah membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000 menolak rayuan beliau terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ketika membaca penghakiman beliau, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin memberi alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri sungguhpun penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah dipandang serius.

Beliau merujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang menjelaskan sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Dengan keputusan hari ini maka rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta terhadap Dr Mahathir juga terbatal secara otomatik.

Sebelum itu peguam Dr Mahathir, VK Lingam memohon agar mahkamah mengenakan kos sebanyak RM100,000 atas sebab pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan.

Beliau memberi contoh satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Peguam Anwar, Karpal Singh akan membuat rayuan terhadap keputusan hakim tersebut.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” kata Anwar kepada media.

Mahkamah Rayuan pada 20 Oktober 2009 menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu disamping kegagalan peguam Anwar menandatangani memorandum terbabit menjadikannya cacat.

Saman fitnah tersebut dikemukakan pada tahun 2006 berkaitan kenyataan yang dibuat Dr Mahathir di satu sidang akhbar Suhakam.

# IBM : Padan muka si nuar tu...tapi bagi dia, apa adahal dengan RM70.000. Kacang aje.....IBM syorkan agar si nuar ni buatlah lagi fitnah kat orang, buat lagi dan lagi........Anwar perlu bertaubat..!!
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...