Thursday, November 4, 2010

TERKINI PILIHANRAYA KECIL N.45 DUN GALAS.

Penyokong-penyokong BN dengan Poster Nik Aziz.
Provokasi berlaku diantara pemberita Sinar harian dengan penyokong2 Pas.
Jalan ke pusat mengundi dipenuhi oleh penyokong2 Pas
Petugas Pas mengiringi pengundi ke pusat pengundian


Seramai 11,553 pengundi berdaftar di Kawasan DUN Galas dah macam-macam peristiwa berlaku kat sana. Antaranya Pagi tadi aku terbaca berlaku perang mulut antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SMK Tengku Indra Petra 1.Ada jugak kes tumbuk menumbuk antara penyokong PAS dan BN di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi.

Adeyy..Macam-macam. Setakat ini Sehingga pukul 9.00 pagi peratusan keluar mengundi di DUN Galas dalam 9.93 peratus dan aku dengar SPR target peratusan keluar mengundi di Kawasan DUN galas adalah 80%. Apa-apa pun selamat bertanding buat kedua-dua calon. Kepada penduduk DUN Galas,Undilah mengikut pilihan terbaik.

Calon-calon bertanding di kawasan N.45 DUN GALAS - Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff dan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamed.

Update 12.55 tghari

Peratusan pengundi meningkat hampir 50% pada tengahari iaitu sekitar 49.61 atau 5732. Perang mulut masih berlaku antara penyokong BN dan PAS. Antara ejekan saling diajukan oleh kedua parti yang bertanding pada pagi kira-kira 11.00 lebih tadi.

IBM : Tak sabar nak tunggu keputusannya.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...