Friday, November 26, 2010

' Jambatan Bengkok, ' Tiada Implikasi Undang-undang - Tun Mahathir.



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru ke Singapura tidak akan melibatkan implikasi undang-undang jika ia menggunakan kaedah ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia kerana model ‘jambatan bengkok’ itu langsung tidak mendapat bantahan daripada republik itu.

Beliau turut percaya keyakinan rakyat Johor yang marah sehingga menyerahkan enam kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pembangkang pada pilihan raya 2008 akan dapat dikembalikan dengan pembinaan jambatan baru. - Utusan


# IBM : Isu yang baru diutarakan semula iaitu Isu Jambatan Bengkok..Secara peribadinya saya amat2 bersetuju dengan Sultan Johor yang mencadangkan supaya Isu ini dilihat semula..

Idea untuk menggantikan tambak johor ini kepada jambatan bengkok adalah cetusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir..Projek ini telah pun di laksanakan tetapi dengan adanya PM baru yang menggantikan Tun Mahathir, Jambatan ini terpaksa dihentikan..


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...