Friday, November 26, 2010

Kes Pembunuhan Sosilawati : Sarawanan di Paksa mengaku.?

K Sarawanan
SHAH ALAM: Pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana membakar dan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, memfailkan notis usul dan afidavit sokongan bagi mengemukakan bukti baru bahawa dia dipaksa mengaku salah atas pertuduhan itu. Justeru, dia memfailkan notis usul itu menerusi peguam A S Dhaliwal untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi meminda dan memperbetulkan nota keterangan atau rekod rayuan kes yang dihadapinya.
Click Here
K Sarawanan, 19, dalam notis usul yang difailkan kelmarin, juga mendakwa dipukul, disepak pada kemaluan serta diugut seorang pegawai polis sehingga menyebabkannya berbohong bahawa dia melakukan kesalahan itu dengan mengadakan satu cerita, semata-mata mahu melepaskan diri daripada didera polis.
Sarawanan berkata, dia ditahan 12 September hingga 14 Oktober lalu dan pada 11 Oktober, seorang pegawai polis bernama Tuan Govin menyatakan dia terbabit dalam satu kes bunuh bersama peguam, N Pathmanabhan di sebuah ladang di Banting. “Saya juga menegaskan saya diarahkan oleh Tuan Govin untuk bercakap bahawa Pathmanabhan menyuruh saya membunuh si mati. “Saya juga diberitahu bahawa sekiranya saya berbuat demikian, saya akan dibebaskan oleh mahkamah,” katanya. Pada 15 Oktober lalu, Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang, U Suresh, 26, mengaku bersalah membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38. Sarawanan juga mendakwa dia diugut akan ditembak jika enggan menjadi saksi polis. Katanya, ketika ditahan reman, dia dibawa berjumpa seorang detektif bernama Sri Hari yang memberi akujanji kepadanya dan bapanya, N Kandasamy bahawa dia akan dilepas dan dibebaskan jika memilih peguam polis iaitu Roslie Sulle, selain dipaksa menandatangani satu borang yang tidak diketahui kandungannya. “Sri Hari juga berkata saya akan dilepaskan di Mahkamah Telok Datok pada 15 Oktober lalu,” katanya. Sarawanan turut mendakwa Rosli dan peguam M Puravalen memberitahunya dia akan dilepaskan dan disuruh mengangguk ketika dibawa di hadapan majistret dan dia hanya menganggukkan kepala kerana ketakutan. “Pada 15 Oktober, ketika di mahkamah saya nampak bapa saya hadir bersama dengan peguam Dhaliwal yang datang untuk mewakili saya, tetapi memandangkan saya takut dengan ugutan polis dan kerana dijanjikan akan dibebaskan, saya tidak mengendahkan mereka,” katanya. Pada prosiding semalam, peguam bela Pathmanabhan, Amer Hamzah Arshad turut memfailkan notis usul untuk mencelah dan mengambil bahagian serta berhujah dalam pendengaran rayuan dan semakan kehakiman itu. Amer Hamzah berkata, permohonan itu adalah kerana anak guamnya dan tiga lagi tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih belum dibicarakan. Katanya, segala pengakuan, fakta dan keterangan kes Sarawanan jelas bersifat prejudis kepada Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain, selain satu tindakan menghina mahkamah serta penyalahgunaan proses mahkamah, berikutan perbicaraan terhadap pemohon masih belum bermula. Notis itu juga menyebut pengakuan bersalah Sarawanan dan Suresh adalah tidak sah dari segi undang-undang dan harus diketepikan. Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof memohon mahkamah supaya diberikan masa bagi menjawab notis usul dan afidavit dikemukakan Sarawanan. Hakim Datuk Mohtarudin Baki kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk pendengaran semakan dan rayuan serta permohonan mencelah oleh Amer Hamzah.

# IBM : Kita tunggu perkembangan selanjutnya........
Sumber berita : Berita Harian online.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...