Monday, November 15, 2010

Jangan Mudah Maafkan


INGATAN DR. RIDHUAN TEE KEPADA MELAYU.

" Inilah sikap orang Melayu, mereka terlalu mudah memaafkan orang"

SHAH ALAM - Sifat orang Melayu yang terlalu pemaaf dan sukar bersatu menyebabkan bangsa ini sekarang menjadi bangsa yang dipandang rendah oleh bangsa lain di negara ini.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tere Abdullah berkata, orang Melayu dengan mudah memaafkan apabila ada bangsa lain mencemarkan tempat ibadat mereka dan mereka tidak berpegang teguh kepada tali Allah iaitu jangan kita berpecah-belah antara satu sama lain.
Bercakap ketika menjadi salah seorang Panel Forum Perpaduan Melayu Di Dalam Menjamin Masa Depan Bangsa, DR. Ridhuan Tee berkata, sepatutnya orang Melayu mengecam habis-habisan pihak yang mencemarkan tempat ibadat dengan memberi takzirah di ruang solat utama.
" Sebaliknya, mereka memaafkan dengan mudah. Orang Melayu juga mesti sedar sekiranya mereka bermusuhan sesama sendiri ini bererti mereka tidak dapat menerima perintah Allah supaya kita dikehedaki bersatu. Beliau mennyebut contoh bagaimana seorang wakil rakyat wanita dari parti pembangkang yang mengadakan 'Tazkirah' di suarau di Kajang Selangor baru-baru ini. Sepatutnya orang-orang Melayu mengecam perbuataan tersebut kerana secara terang-terangan wakil rakyat keturunan Cina itu telah mencemarkan nama baik surau tersebut.


# IBM : Betul apa yang di katakan oleh DR. Ridhuan Tee tu...cepat benar kita nak memaafkan seseorang. Sanggupkah kita memaafkan bila kepala kita di pijak, hidung kita di tarik..?...bagi IBM, oh, no...tak sanggup.....oleh itu fikir-fikirkanlah wahai orang2 Melayu.

Sumber berita : Suara Perkasa.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...