Monday, November 1, 2010

Menjelang PRK Galas : PAS Menghalalkan RASUAH..


GUA MUSANG - Setiap kali bila berlakunya Pilihan Raya kecil (PRK), BN akan menjadi sasaran oleh Pas menuduh mengamalkan RASUAH kepada para Pengundi. Tak kira pengundi dalam atau pun pengundi luar. Tapi keadaannya kini sudah berubah, bak kata perpatah melayu, " Kata Paku Dulang Serpih, Kata Orang Awak Yang Lebih." Pas yang selama ini menabik dada, angkuh mengatakan mereka adalah Parti Islam, Parti yang memperjuangkan Agama Islam dan hak-hak orang-orang Melayu, kini sudah bertukar corak. Warna kehijauan lambang parti Pas sudah nampak pudar. Pas kini menghalalkan RASUAH. Isu terkini, kos balik mengundi di pertahankan, kononya itu bukan RASUAH.
Penasihat Jentera pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, tindakan itu adalah amalan yang biasa di lakukan Pas sejak dahulu , malah turut dilakukan UMNO dan parti-parti lain dari komponen BN. Malah kalau pengundi itu pandai, dia boleh ambil daripada kedua-kedua pihak, kerana undi mereka kita tidak tahu. Kita hanya beri tambang sahaja," katanya. Ini jelas menunjukan Pas memang terdesak untuk meraih undi bagi memenangkan calon mereka di PRK DUN Galas. Mereka tidak segan silu menyatakan itu bukan Rasuah.
Sebelum ini, Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan memberi wang kepada pengundi luar kawasan DUN Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuataan 'sogokan' dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 10 Akta kesalahan pilihanraya 1954.
Ini di beri tahu oleh Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan ahmad Wan Omar, bahawa wang itu boleh di sifatkan 'sogokan' bagi tujuan membeli undi.
" Pihak Parti mengkin boleh memberi pelbagai alasan, tapi akta kesalahan pilihan raya dengan jelas mengatakan itu salah di sisi undang-undang, " katanya.

IBM : Memang PAS dah lama buat kerja ini. Sengaja mencari kesalahan orang lain dan menutup kesalahan sendiri dan menuduh pihak lain mengamalkan RASUAH. Memang Dasar PAS begitu.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...