Wednesday, November 10, 2010

Anwar Pening, HINDRAF Tuntut Janji....!


KUALA LUMPUR, 9 Nov- Kira-kira 20 penyokong Hindraf berhimpun dan menyalakan lilin di hadapan kediaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut sebagai tanda protes terhadap pakatan pembangkang yang tidak menunaikan janji terhadap kaum India.

Perhimpunan itu dilakukan bagi mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang supaya menunaikan janji yang ditabur kepada kaum India pada kempen pilihan raya umum lepas.

Kesemua mereka berhimpun di hadapan kediaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Bukit Segambut di sini kira-kira pukul 8.45 malam sambil membawa poster tertera ‘YB Anwar, Guan Eng, Hadi Awang beri geran tanah untuk semua kuil-kuil, kubur, sekolah tamil dan setinggan India di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah’.

Jurucakap kumpulan itu, W. Sambulingam berkata, perhimpunan tersebut dilakukan bagi mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang supaya menunaikan janji yang ditabur kepada kaum India pada kempen pilihan raya itu.

Jelasnya, pakatan pembangkang harus sedar bahawa penyokong Hindraf banyak membantu pakatan itu menang semasa pilihan raya berkenaan.

“Sejak pakatan pembangkang menang pilihan raya, nasib kaum India masih tidak dibela,” katanya ketika ditemui di hadapan kediaman Anwar.

Tambah Sambulingam, tragedi seorang India bertindak membakar diri di Puchong, Selangor, semalam berikutan isu merobohkan setor sebuah kuil di Subang Jaya menunjukkan perkembangan yang tidak baik dan diharap tidak berulang.

Kesemua ahli kumpulan itu bersurai secara aman sebaik diarahkan oleh pihak polis yang berkawal.

Sebelum bersurai, wakil kumpulan itu menyerahkan satu memorandum dan poster kepada wakil Anwar di hadapan kediaman Penasihat PKR itu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kesemua mereka mula berkumpul pada pukul 8.50 malam sebelum kesemuanya bersurai kira-kira 15 minit kemudian setelah diarahkan polis.

“Perhimpunan itu tidak mendapat sebarang permit namun kita tidak menahan sesiapa berikutan ia dijalankan secara aman dan tiada kekacauan timbul serta mereka patuh apabila diarahkan bersurai,” katanya ketika dihubungi.

# IBM : Sepatutnya dari dulu la penyokong-penyokong Hindraf ini tahu siap si Anwar tu. Kaki kelentong, penipu. Janjinya hanya janji kosong demi untuk tujuan politik kotornya. Hampeh si Nuar ni.....!


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...