Sunday, November 28, 2010

KES FITNAH II : DOKTOR SOROK NOTA BUKTI ANWAR TIDAK BERSALAH.?


Jom Baca.... Satu lagi Helah Dan Tuduhan Dari Peguam Anwar.

Selepas pihak pendakwa raya enggan menyerah dokumen sebelum bermula perbicaraan kes Fitnah II terhadap Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kali ini pula menolak permohonan untuk mendapatkan nota Klinikal pemeriksaan Saiful Bahari Azlan.
Dalam Penghakimannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberi alasan, hujah pasukan pembelaan tidak memenuhi keperluan perundangan dan hanya boleh membuat permohonan itu jika saksi mahu membuat rujukan ketika memberi keterangan lisan.
Sebaliknya, Zabidin memutuskan laporan perubatan hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengandungi nota klinikal itu, diterima sebagai bahan bukti, walaupun dibantah peguam utama, Karpal Singh.
Pada prosiding sebelum ini, Karpal Singh percaya keterangan ketiga-tiga Doktor HKL, bercanggah dengan keterangan lisan mereka di Mahkamah.

# IBM : Itulah satu cara dan tektik Peguam Anwar bagi melambat-lambat kesnya ini. Bila Hakim tolak permohonan, Anwar mohon hakim di tukar....apa dia ingat Mahkamah ni 'bapak' dia yang punya....?....harap-harap kes ini tidak di pospone lagi.....tak sabar nak tengok anwar ke dalam..........:)
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...