Tuesday, November 23, 2010

Khalid Gaggap Nak Tunjuk Kuasa



MB MINTA PUSAT TARIK BALIK LESEN SYABAS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik semula lesen Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan tindakan mengenakan potongan gaji RM11.40 setiap kakitangannya melalui program amalnya, Tabung Budi.
Menteri Besat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu menunjukkan Syabas melanggar tata cara perjnjian penswastaannya pada 2004 dan tidak menjalankan tugas sebenar yang diamanahkan.
Menurutnya, Syabas tidak wajar bertindak sedemekian memandangkan skop perkhidmatan syarikat itu bukan untuk melakukan kerja amal.
" Syabas tidak boleh menggunakan duit tersebut jika sebahagian rakyat tidak mahu wang tersebut, mereka kena pulangkan semula kepada negeri. Syabas juga tidak boleh mengaturnya sebab duit yang diberikan kepada Syabas itu untuk pembayaran.
" Lagipun, semasa penswastaannya, Syabas bukan ditugaskan menjalankan usaha kebajikan dan bukan syarikat kebajikan. Syabas adalah syarikat swasta yang ditugaskan untuk menjalankan perniagaan," katanya semalam.
Abdul Khalid berkata, Syabas tidak berhak membuat potongan terhadap kakitangan atau pengguna air yang mendapat 20 meter padu dari Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, katanya beliau akan berbincang dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ariff Ab Rahman dan Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Zauyah Be T.Lothy berhubungan perkara ini.
Terdahulu, syabas melancarkan Tabung Budi bertujuan mengutip dana bagi memberikan air percuma kepada rakyat Selangor yang tidak mendapat 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri, dianggap tidak wajar.
Sementara itu, Pengarah Komunakasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halim Mat Som berkata, wang kutipan itu akan disalurkan kepada keluarga yang langsung tidak menerima 20 meter padu air percuma.

# IBM : Sebenarnya Selangor dah kehabis duit, dah habis di angkut oleh maklaun-maklaun Pakatan Rakyat (PR) termasuk PKR. Itu sebab dia nak kacau Syabas pulak. Besar benar ke kuasa si gaggap ni sebagai Menteri Besar..?...lepas itu nak minta duit amal tu bagi kat Kerajaan negeri. Dapat kat depa..habis, hancur di kerjakan depa nanti.......inilah kerenah kerajaan Pakatan Rakyat, tak habis-habis menyusahkan rakyat. Sedarlah wahai rakyat negeri Selangor. PR bukanlah parti yang sesuai untuk memerintah Negeri Selangor. Bangkitlah wahai rakyat Selangor sekelian. Katakan ' Tak Nak ' kepada Pakatan Rakyat di PRU -13 nanti.....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...