" Kawasan bukan Melayu (Cina dan India) juga harus dipantau kerana tanggungjawab kita selain pejuang masyarakat melayu, kita juga menjaga kebajikan kaum-kaum lain."- Khir
BN YAKIN JIKA AHLI KERJA KERAS YAKINKAN SEMULA RAKYAT
SHAH ALAM -
Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas Selangor dengan syarat ahlinya berusaha keras menyakinkan rakyat.
Beliau berkata, ahli BN tidak perlu lemah semangat dengan propaganda Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya bersatu membantu rakyat membuat keputusan yang tepat.
" Kita perlu dekati rakyat dengan turun padang, dengar masalah mereka, bantu mereka yang susah dengan ikhlas dan jujur serta yakin usaha kita pasti akan berhasil.
" Kawasan bukan Melayu (Cina dan India) juga harus dipantau kerana tanggungjawab kita selain pejuang masyarakat Melayu, kita juga menjaga kebajikan kaum-kaum lain," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.
Katanya, BN inginkan pentadbiran di Selangor bukan kerana kuasa, tetapi yaki BN mampu mentadbir dengan lebih baik daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Kita akan pastikan setiap janji yang ditaburkan mampu dilaksanakan bukan hanya janji kosong untuk menarik undi rakyat.
" Pemberian air secara percuma tidak mencukupi untuk kesejahteraan rakyat. Rakyat mahu lebih daripada itu," katanya.
Ketua Penerangan UMNO, Abdul Syukur Idrus berkata rakyat perlu buka mata dengan kelemahan pentadbiran PR dan perlu pimpinan yang kukuh dan stabil untuk generasi akan datang.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali yakin BN mampu rampas Selangor jika ahli BN dengar suara rakyat, bertindak mengikut kehendak rakyat dan tidak berpuak-puak.
" Sekiranya BN berjaya rampas Selangor kita berjanji akan membuat manifesto yang lojik dan diterima pakai serta mampu dilaksanakan.
" Kita juga akan berusaha untuk membangunkan Selangor, menaik taraf kemudahan awam dan cuba laksanakan banyak program untuk kebaikan rakyat," katanya.
# IBM : Pastikan BN Selangor berkerja dan berusaha mulai dari sekarang. Jangan tunggu last minute baru nak turun padang, nanti rakyat bosan...mereka sudah pandai menilai yang mana buruk dan baik. Bila tabur janji, tunaikanlah....insyallah rakyat akan buka mata dan bersama-sama BN........