Thursday, December 11, 2014

MEMALUKAN! DUA EXCO PAS DI ANUGERAH GELARAN 'DATUK', TAPI..NAMA AZMIN TERKELUAR. APA SUDAH JADI? SULTAN MURKA KAT AZMIN KE? KES APA?

KHAMIS, 11 DIS 2014

ENTAH mana silapnya, tetiba nama Azmin Ali Menteri Besar Selangor tidak di senaraikan untuk menerima darjah kebesaran yang bergelar 'Datuk Seri' sempenan ulang tahun ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, Khamis. Manakala dua wakil rakyat PAS pulak adalah di antara penerima darjah kebesaran tersebut. Pada mulanya walaupun spekulasi bertiup kencang bahawa Azmin Ali berada dalam senarai. Dimana silapnya? Malu besar le si Azmin tu ye. Sekalung tahniah kepada Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga anggota exco Selangor, akan menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk'. Difahamkan, tahun ini seramai 102 penerima akan menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah di sini hari, Khamis. 

Semalam, Rabu, spekulasi bahawa Azmin akan diberi anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' oleh Sultan Selangor telah dinafikan oleh satu sumber. Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor akan termasuk dalam senarai penerima anugerah itu. Bagaimanapun, sumber itu berkata Azmin tidak akan diberikan sebarang anugerah pada ketika ini. Spekulasi ini berlegar di internet sehari selepas gelaran 'Datuk Seri' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik oleh Sultan Selangor. Istana Selangor dalam satu kenyataan pada minggu lepas berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau telah 'berulang kali' mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin dan institusi diraja. Adakah Azmin juga dim urkai oleh Duli Sultan sehingga di gugurkan namanya di saat akhir? Hanya Azmin & the gengs sahaja yang tahu. Wassalam ~ IBM

2 comments:

  1. Selagi kau di bawah telunjuk si ALJUBURI..BUKAN AJE GELARAN...HIDUP PUN SUSAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. raismazzadam,
      Salam. Betul tu..tpi Azmin mana sedar....si al-jub tu kan buat hatinya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...