
BAK kata perpatah, 'tak ada hujan tak ada ribut', tetiba sahaja kerajaan negeri Sarawak tidak membenarkan ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah daripada memasuki Sarawak. Kerajaan Sarawak tidak pula memberitahu apa sebabnya dan puncanya. Sebaik sahaja Dr Ridhuan Tee tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini, Jumaat beliau ditahan. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi oleh pemberita bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak. Sumber difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam Jumaat. Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.
Tidak pula terdapat tulisan atau komen Dr Mohd Ridhuan didalam blognya atau di rencana yang lain menyingong atau membuat provokasi terhadap kerajaan Sarawak. Apapun, itu adalah hak kerajaan Sarawak, lambat laun kita kan tahu juga apa permasalahannya yang sebenar. Bagi IBM, jika di tahan atau dilarang seorang pendakwah seperti Dr Mohd Ridhuan untuk berceramah dalam majlis ilmu, amat-amat rugilah kita, terutamanya umat Islam di Sarawak. IBM yakin, Dr Mohd Ridhuan ke sana bukannya untuk 'berkempen' pilihanraya. Dan, satu lagi yang menghairankan IBM, Dr Mohd Ridhuan adalah pro kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), jadi tidak timbul kenapa beliau dilarang memasuki negeri yang diterajui oleh kerajaan BN. Memang ianya menjadi 'misteri' dan tanda tanya. Hanya Ketua Menteri Sarawak, iaitu Tan Sri Adenan Satem sahaja yang tahu. Harap perkara ini tidak berlarutan, dan diharap dapat diselesaikan secepat mungkin. Wassallam ~ IBM

Isunya mudah. Dr redhuan tee pro kerajaan bn dan anti rasis kumpulan2 tertentu kaum cina. Bukan bermaksud kerajaan sarawak takut dgn dr redhuan tetapi utk mengelakkan provokasi hebat dpd kumpulan2 tertentu di sarawak yg memusuhi beliau. Org cina sendiri membenci beliau. Utk tidak merosakkan situasi aman makmur di sarawak maka arahan ini dikeluarkan.
ReplyDeleteibm~usin,
DeleteSalam. Tq bro for the info....