Sunday, July 10, 2011

Macamana pun Anwar tetap nak jadi PM

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.

Apa nak jadi, jadilah. Biar aku ditangkap dan disumbat kedalam penjara, namun aku tetap akan keluar dari penjara dan akan menjadi seorang Perdana Menteri. Aku akan huru-harakan negara ini. Selagi cita-cita ku untuk menjadi Perdana Menteri tak kesampian, selagi itu aku goyangkan negara ini. Biar puas hati ku. Itu janji ku kepada semua rakyat yang menyokong aku - Anwar

Inikah wajah yang mengidam-idamkan untuk menjadi Perdana Menteri?

KATEGORI PRESIDEN UMNO

Najib: Anwar Dalang Perhimpunan Haram, Terdesak Mahu Jadi Perdana Menteri


[KUALA LUMPUR, 10 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan haram anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0, merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.

Ketika berucap kepada 6,000 hadirin pada majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, beliau berkata anggota Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

“Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

“Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.]



AKU BERMIMPI RUPANYA. ENTAH KENAPA PULA AKU BOLEH MIMPIKAN SI NUAR NI. NASIB BAIK AKU. KALAU DALAM MIMPI TU ADA ADEGAN YANG ANUAR SUKA, DAH TENTU AKU JADI MANGSANYA. CHITTTTT!...AKAN KU LAWAN KO ANWAR - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...