[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
Ibarat Serikandi Ummi Hafilda, tabah, cekal dan lantang mengkritik Datuk Seri Anwar dan akan terus membongkar kegiatan Anwar. Terbaru, saksi utama kes liwat ketua Pembangkang pada 1998, Ummi menyuarakan pandangan beliau supaya Kerajaan merampas pasport Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat PKR itu daripada keluar negara dan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia.
"Habis le aku, depa nak rampas Pasport aku. Tak ada can lagi aku nak ke Thailand."- Anwar
Menurut Ummi, kenapa tidak boleh ditarik balik darjah kebesaran yang diberi oleh Kerajaan kepada beliau. Sebagai bekas banduan dan terlibat dalam pelbagai isu moral, Ummi berpendapat memang Anwar tidak layak lagi menyimpan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya.
Pelakun terkenal filem Hindi, Shah Rukh Khan menerima darjah kebesaran dari Yang di-Pertua negeri Melaka.
Ramai yang berpendapat, lebih berbaloi anugerah darjah kebesaran di beri kepada orang asing seperti Shah Rukh Khan, sekurang-kurangnya dia boleh mempermosikan negeri Melaka di kaca mata dunia. Tapi, apakah sumbangan Anwar kepada negara setelah dia dilucutkan sebagi Timbalan Perdana Menteri?
Anwar bersama abangnya, Azmin Ali merancang untuk merampas Kerajaan, malah bersekongkol untuk menghapuskan sistem beraja. Oleh itu, Ummi sanggup kehilangan seorang abang kandung dari darah dagingnya sendiri daripada mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.
"Rampas Pasport Anwar". kata Ummi Hafilda Ali.
{Ummi ditemui pada program Jom Dengaq Ummi Hafilda di Sungai aceh semalam. Terima kasih kepada rakan saya dari Penang yang menghantar artikel ini melalui email saya. Terima kasih. - IBM}