DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
SEORANG kawan lama datang berjumpa dengan IBM dengan akhbar Harakahdaily di tangannya. IBM tanya dia, mana dapat surat khabar Harakah ni, katanya kawan beri. Maka IBM telek le muka surat ke muka surat. Biasalah, kebanyakan laporannya semuanya fitnah dan mengutuk kerajaan BN. Antara artikel yang menarik perhatian bagi pembaca-pembaca mereka ialah : 'Anwar Kembali. Sidang Dewan Rakyat Panas'.
Bagi IBM, siapa tidak kenal Anwar, pembohong No 1. Tiada apa yang nak di hairankan. Setelah enam bulan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kembali ke Parlimen. Turut tiba di Parlimen pagi ini ialah tiga lagi wakil Pakatan Rakyat yang digantung daripada menghadiri sidang iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang).
Harakah kata Dewan panas. Yang mana panasnya ? Setahu IBM sidang Dewan Rakyat pagi itu bertukar "panas" dengan kehadiran mereka apabila Anwar mengemukakan soalan berhubung Felda. Itu sahaja. Memang itulah kerja Harakah.
Bagi IBM, yang akan terasa bahang kepanasan sebenar ialah Anwar Ibrahim. Dia akan merasa panas bila dia di sumbat ke dalam jail di sungai buloh. Kes liwat II nya akan mengajar Anwar erti sebenar 'kepanasan'.
Kesimpulannya, Harakah adalah akhbar pencetus fitnah No 1 di Malaysia setaraf dengan Anwar Ibrahim@Al-Juburi. Bukan IBM kata, Mat Sabu@Mat Sabun kata.