Sunday, July 10, 2011

BERSIH Akan Disaman?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ekoran dari perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Bersih, kemungkinan penganjur Bersih akan menghadapi tindakan 'SAMAN' daripada Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas). Tindakan tersebut di buat kerana para peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka pada hari Sabtu lepas (semalam) kerana takut kekecohan dan kerosakan harta benda akan berlaku.

Penganjur Bersih harus bertanggungjawab didalam hal ini. Mereka seolah-olah menabur 'PASIR' kedalam periuk nasi para peniaga di sekitar ibukota. Maka saya secara peribadi menyokong penuh supaya Ikhlas menyaman pihak penganjur himpunan Bersih yang telah banyak menyusahkan mereka. Mereka mahu pembelaan.

Keluhan dari Para Peniaga dan kesedihan pula menimpa keluarga setelah ketua keluarga mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram seperti Bersih. Kesian mereka.

Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta

July 10, 2011

[KUALA LUMPUR, 10 Julai — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya manakala Pemuda Umno pula menganjurkan perhimpunan balas memprotes gabungan itu.

Beliau berkata perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah.

“Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Mohd Ridzuan berkata pihaknya akan turun padang untuk menyiasat perkara itu sehingga hujung bulan ini, dan meminta semua peniaga membuat laporan polis berhubung kerugian yang dialami serta menyerahkannya kepada bilik gerakan sementara yang diwujudkan di kawasan Masjid India.

“Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini,” katanya.]


SAMAN JANGAN TAK SAMA. MEREKA (BERSIH) NI DAH LEBIH. AMIGA DAN ANWAR KAN BANYAK DUIT, DUIT HARAM DARI LUAR.- IBM

4 comments:

  1. Salam Sdr Ismail,
    Kawan nak tengok, SUHAKAM tolong tak tuntut hak-hak orang awam yang tak sokong BERSIH ni. Bukannya apa, dulu SUHAKAM bersuara mengenai hak BERSIH.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak saman, saman lah polis kerana polis yg menutup semua jalan-jalan masuk, & tidak benarkan semua org masuk mcmana tak rugi.

    ReplyDelete
  3. W'kumusallam.

    Kadang2 saya pun kurang faham penderian SUHAKAM ni. Kemana kebilatnya yg sebenar. Apapun kita tunggu dan lihat apa yg SUHAKM boleh tlg terhadap peniaga2/org awam utk menuntut hak2 mereka.

    ReplyDelete
  4. Salam Paka-LANDLORD.

    Polis menjalankan tugasan mereka. Tak boleh nk salahkan mereka. Sekiranya mereka membiarkan begitu saja tanpa kawalan/sekatan/menutup jln, kemungkinan perkara yg buruk akan berlaku.

    Tak siapa yg berani membuat janji akan berlaku sesuatu yg buruk, tidak juga pihak penganjur. Ini yg memeningkan Polis. Fahamilah tugas mereka sebagi pelindung rakyat. Jgn dibenci mereka. kalau Sdr jadi seperti mereka, apa tindakan sdr, nak abaikan tugas yg telah diberi?...fikir2kanlah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...