Friday, August 12, 2011

UMNO Prihatin! Taja Keluarga Asyraf Ke London

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Bukan mencari publisiti, bukan memancing undi untuk PRU akan datang, tapi UMNO ikhlas, prihatin kepada bangsanya yang bermasalah, apatah lagi bila melibatkan pelajar yang berlajar di luar negara. Pelajar tersebut telah di serang ketika keluar untuk membeli makanan bagi berbuka puasa, tiba-tiba di serang oleh sekumpulan perusuh yamg membuat rusuhan di United Kingdom.

Kalau tidak UMNO siapa lagi yang boleh membela nasib rakyatnya? Sekalung tahniah kepada UMNO kerana membantu ahli keluarga Asyraf untuk pergi ke London. Kepada keluarga Asyraf, semoga selamat pergi dan kembali dan kita di Malaysia sama-sama mendoakan agar Asyraf cepat sembuh. Ikhlas dari : IBM

Baca cerita selanjutnya oleh utusan online..........

Ahmad Maslan (dua dari kanan) melihat gambar Muhammad Asyraf Haziq Rossli dalam pertemuan dengan ibu bapa mangsa di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Rossli Harun (empat dari kanan), Maznah Abu Mansoor (tiga dari kiri) dan Mohamad Fitri Rossl (tengah).


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keluarga pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera dibelasah oleh perusuh di London, Selasa lalu, kini boleh menarik nafas lega apabila UMNO tampil menghulurkan bantuan menaja tiket penerbangan mereka ke London, esok.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain tiket penerbangan, semua urusan ibu dan bapa Muhammad Asyraf serta adik bongsunya sepanjang di London akan ditanggung oleh Kelab UMNO London.

''UMNO bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Muhammad Asyraf Haziq dan terpanggil untuk membantu keluarganya kerana mereka bukanlah daripada keluarga yang berada.

''Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan kebimbangan mereka mengenai nasib Muhammad Asyraf Haziq selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, ibu bapa Muhammad Asyraf Haziq iaitu Rossli Harun, 49, dan Maznah Abu Mansor, 47, serta anak bongsu mereka, Muhammad Fitri, 8.

Pada majlis itu, Ahmad turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada ibu bapa Muhammad Asyraf Haziq sebagai persediaan ke London.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Maslan turut menasihati para pelajar Malaysia di London supaya mengelak daripada terlibat dan terjebak dalam demonstrasi jalanan.

Katanya, meskipun keadaan dilaporkan semakin pulih, pelajar dan rakyat Malaysia masih perlu berhati-hati dan tidak sesekali keluar bersendirian.

''Kita juga berharap mereka sentiasa berhubungan dengan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London atau wakil-wakil Kelab UMNO di sana," kata beliau.


2 comments:

  1. Banyak lagi yang UMNO dah bantu, termasuklah yang tunjuk perasaan kat Mesir hari tu. Diharapkan agar masyarakat punya kesedaran sendiri terutamanya Melayu. UMNO baik ke PAS baik ke atau PKR yang baik? DAP memang dah komunis.

    ReplyDelete
  2. Salam bro enalrahim....

    Saya sokong apa yg bro katakan. Memang UMNO telah banyak membantu masyarakat Melayu. Tapi..masih ada yg tidak berterima kasih dan mengutuk UMNO. Tapi...itu tidak melemahkan semagat juang pemimpin2 dan ahli UMNO. Perjuangan diteruskan, bantuan terus di hulur dan besarlah harapan rakyat yg pro kerajaan supaya di hapuskan pengaruh DAPig yg telah menguasai PAS dan PKR...

    Kesimpulannya, DAP memang berdarahkan komunis dan parti 'racist'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...