Monday, July 25, 2011

PAS Ajak Pengundi Hantu Berhimpun!

(DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Merasakan pilihan raya kian hampir, Pas semangkin tersepit kerana mereka tahu sokongan oorang-orang Melayu terhadap parti tersebut semangkin merosot. Jesteru, Pas tiada pilihan, terpaksa memanggil dan mengadakan perhimpunan anak-anak Kelantan di Kelana Jaya pada 30 Julai yang akan datang ini.

Tujuannya tak lain tak bukan untuk meraih sokongan pengundi luar yang selalu mereka katakan 'Pengundi Hantu' untuk mengundi mereka di PRU ke - 13 nanti. Aduh! betapa terdesaknya Pas.

Saya rasa, saya akan turun ke Kelana Jaya untuk melihat sendiri dengan lebih dekat perhimpunana tersebut. Apakah ianya mendapat sambutan dari anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang. Mungkinkah Pas berkeyakinan 100% yang anak-anak Kelantan ini akan menyokong mereka?. Pesanan saya kepada Pas, kirim salam dulu wahai pemimpin-peminpin Pas. Jangan terlalu angkuh, sombong kelak diri sendiri yang akan rugi ibarat mendengar "guruh di langit air tempayan dicurahkan." Aryos Pas! - IBM

Kata Harakah :-

Perhimpunan Anak Kelantan 30 Julai Ini

[KOTA BHARU, 25 Julai: Bagi anda yang merantau tentunya jarang dapat bersua muka dan mendengar sendiri penjelasan pelbagai isu daripada pimpinan kerajaan Kelantan.

Kebiasaannya hanya kesempatan pulang berhari raya sekali setahun dijadikan medan bertemu dengan pemimpin pada program Aidil Fitri.

Namun suatu kelainan dicetus tahun ini, di mana menjelang Ramadan ini kerajaan negeri akan menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan pada 30 Julai ini.

Program berkenaan akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.

Program bermula jam 9 pagi hingga 12 malam malam itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan anak-anak Kelantan di perantuan.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, selain itu dapat menjelaskan pelbagai isu semasa dan program-program dilaksanakan kerajaan negeri.

”Turut diadakan pameran pelbagai agensi kerajaan negeri, bolasepak interaktif, kaunter semakan daftar pemilih dan khidmat perundingan As-Syifa’,” katanya di sini.

Manakala sebelah petang diadakan wacana khas pada jam 3 petang yang bertajuk, ’Kelantan Menerajui Perubahan – Model Kepimpinan YAB Tok Guru vs Kepimpinan Kontemporari’.

Satu analisis akademik akan dikupas Prof Dr Wan Muhd Aminudin Wan Hussin dan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Anak Kelantan juga berpeluang menunaikan solat Asar bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas itu diadakan perasmian program himpunan Anak Kelantan di perantauan jam 4.30 petang.

Turut diadakan perlawanan bola sepak antara Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) dan Veteran Pemain Kelantan.

Manakala majlis ramah mesra Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) bersama wanita anak Kelantan turut diadakan.

Jamuan makan malam diadakan pada jam 6.30 petang. Selepas solat Maghrib kuliah khas akan disampaikan Senator Dato’ Dr Johari Mat.

Program interaktif bersama pimpinan akan disertai Menteri Besar, timbalannya, Dato’ Ahmad Yakob dan dua anggota Exco, Dato’ Husam Musa dan Dato’ Mohd Amar Abdullah pada jam 9 malam.

”Kerajaan negeri berharap anak-anak Kelantan di Lembah Klang dapat meluangkan masa menghadiri program tersebut bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim,” ujarnya.]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...