Sunday, July 24, 2011

Bekas-bekas Pak Menteri pun kata Bersih tu bersih, biar betul ni!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Saya nak ucapkan terima kasih dan tahiah kepada bekas-bekas Pak Menteri ketika mereka memegang jawatan di dalam kabinet kerajaan Malaysia seketika dulu. Kini hidup mereka senang lenang tiada sekatan atau gangguan dari mana-mana pihak.

Suka saya nak berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca semua. Sebelum mereka-mereka ini dilantik menjadi Menteri di sesebuah Jabatan kerajaan, mereka terpaksa melalui proses pilihan raya (PR), bertanding sebagai wakil rakyat diperingkat Parlimen di kawasan masing-masing.

Alhamdulillah, mereka-mereka ini menang dengan pertolongan dan sokongan dari rakyat. Maka dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri, mereka dilantik menjadi seorang Menteri sehinggalah mereka pencen.

Persolan yang hendak saya timbulkan disini ialah, adakah semasa mereka bertanding, kemenangan mereka itu di cemari dengan penipuan, pembohongan atau pun dengan bantuan dari SPR yang dikatakan mengamalkan sistem pilihan raya (PR) yang tidak telus?..sekiranya ini benar-benar berlaku, saya cabar mereka untuk supaya tampil dengan bahan bukti yang ada kerana baru sekarang mereka mengatakan sistem pilihanan raya di negara ini tidak bersih dan tidak telus. Jom kita londehkan seluar SPR. Ada berani kah?

Jangan dik kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan menghuru-hara kan negara, Pak-pak Menteri ini bertukar arah, bertukar angin. Ingat apa yang telah kamu kecapi semasa kamu semua menjawat jawatan yang amat penting dan dihormati oleh rakyat. Jangan sampai kata perpatah melayu : "kacang lupakan kulit."

Fikirkanlah wahai Pak-Pak Menteri. Kalau dah tertubuhnya sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pastikan fungsi sebenarnya dan bantulah kerajaan, bukan menghentam dan bersentokol dengan pertubuhan haram seperti Bersih. Ingat-ingat, kenang-kenangkanlah saat-saat semasa kamu semua bersama kerajaan. - IBM

Bekas Menteri Kebudayaan Dan Perlancongan
"Tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ada asasnya" - Tan Sri Abdul Kadir

Bekas Menteri Kewangan
"Sudah tiba masanya rakyat bangun dan suarakan hak." - Tengku Razaleigh


P/S : Kepada Tengku Razaleigh, jangan ujudkan lagi atau kusutkan lagi keadaan seperti mana Tengku keluar dari UMNO dan menubuhkan semangat 46 dulu. Enough is enough, demi masa depan orang Melayu! - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...