Thursday, February 16, 2012

Anwar memang 'kawan baik' Israel, Kata Tun Mahathir..

SEPERTI orang bersilat. Tepis kiri, tepis kanan. Itulah cara yang sedang digunakan oleh kuncu-kuncu pakatan pembangkang yang cuba menyelamatkan imej Ketuanya, DS Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel. Apabila IBM baca akhbar tempatan hari ini IBM tersenyum sendiri apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendakwa, tidak mustahil jika kenyataan itu dikeluarkan oleh Israel sendiri tanda sokongan mereka kepada Anwar. Kini, Anwar dalam delima, terdesak dan dikecam hebat oleh banyak pihak ekoran kenyataan beliau menyokong rejim Zionis itu baru-baru ini.


Tun melihat pendedahan statistik mengenai perniagaan antara Malaysia dan Israel itu adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menyokong Anwar, malah, tidak mustahil ia dilakukan oleh rakan-rakan Anwar di negara itu sendiri kerana Anwar sememangnya 'kawan baik' Anwar, dulu, kini dan selamanya. Pada hakikatnya, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. 

Untuk mengukuhkan lagi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir tentang hubungan Anwar Ibrahim dengan Israel, selain pemimpin-pemimpin pakatan haram yang cuba menyelamatkan imej Anwar, IBM masuk menyusuk ke beberapa blog pro pembangkang yang juga dilihat cuba menyelamatkan Anwar dan beralih kepada topik yang lain, yang kononnya terdapat bukti bahawa dua Syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel. Ternyata blog-blog tersebut cuba mengalih pandangan rakyat bahawa BOS depa tiada kaitan dengan Israel, sebaliknya kerajaan yang disalahkan. Apa punya putar-belit dah....

Tambah Tun lagi, apabila Anwar membuat kenyataan menyokong Israel, jelas belaiu merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja dan IBM sokong bila Tun kata, Anwar individu yang tidak boleh dipercayai. Satu lagi kenyataan yang IBM amat-amat setuju dengan Tun berkenaan dengan  Si Anwar ni. Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.

Maka, ramai yang setuju, IBM pun setuju, Tun Mahathir pun setuju, bahawa manusia yang bernama Anwar ini adalah anugerah tuhan, dan dilabel sebagai 'Dajal' di era moden yang  turun ke muka bumi ini untuk menyesatkan seluruh umat di Malaysia ini. Memang dah ramai rakyat di Malaysia ini telah berjaya disesatkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya dari pakatan haram, iaitu pakatan rakyat. Oleh itu, IBM harap, rakyat jelata telah mengenal siapa Anwar yang sebenarnya. Apa tunggu lagi.......pastikan anda semua tidak mengundi pakatan rakyat, DAP, PKR dan PAS di PRU ke-13 yang akan datang nanti. Boleh kan?...sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...