Sunday, February 5, 2012

Pemimpin Bersama Rakyat. TPM Lawat Taman Medan Baru...

MUHYIDDIN membakar sate jualan Maznani Ahmad di Pasar Malam Taman Medan Baru, semalam. Beliau meluangkan masa melawat peniaga di tapak itu sempena program turun padang ‘Sepetang Bersama TPM’ anjuran UMNO dan Barisan Nasional Petaling Jaya.

Program turun padang oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional diteruskan. Ini menunjukkan kerperhatinan kerajaan terhadap rakyatnya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa kira-kira sejam lebih melawat Taman Medan Baru sambil bermesra dengan rakyat di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS). 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengambil peluang minum petang bersama penduduk selain berbincang mengenai isu setempat dengan wakil BN di kawasan itu. Nampaknya, kesungguhan BN/Umno Selangor untuk merampas kembali Selangor semangkin di terima rakyat.

Turut bersama beliau sepanjang lawatan dan program turun padang itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai. Di dalam majlis tersebut, Pengerusi BN PJ Selatan memberitahu sebanyak 5,000 unit rumah pangsa telah dibina sepanjang empat tahun lepas bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut. Itu adalah usaha kerajaan BN.

Kalau begitu, IBM harap penduduk-penduduk di situ mestilah membantu dan menyokong BN semasa PRU ke-13 nanti. Mana dia wakil rakyat DUN Taman Medan, Haniza Talha, apa dia dah buat selama lebih 3 tahun menjadi ADUN di situ?. Kalau tak boleh buat kerja, pandai-pandailah bawa diri, jangan cuba-cuba tawarkan diri untuk menjadi calon lagi. Kan apa, nanti kena di hambat oleh penduduk-penduduk Taman Medan Baru. Kan malu nanti.

Apapun, IBM ucapkan tahniah pada TPM kita yang prihatin dan teruskan program-program seperti ini, kerana BN lah satu-satunya parti yang dapat membela nasib rakyat di negara ini. Bukan Pakatan Rakyat yang hanya tahu membuat janji-janji kosong. Ayuh warga Taman Medan Baru dan sekitarnya, bantulah kami, teruskan sokongan pada BN dan pastikan BN kekal memerintah dan menjadi kerajaan. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                   _____________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...