Wednesday, February 8, 2012

Hantu Raya Mana Kata Saya Letak Jawatan?? - Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita. Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

“Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu… ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka,” katanya ketika dihubungi.
Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.
Spekulasi itu adalah serangan terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.
“Boleh jadi… saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang… saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar,” katanya. Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008.
Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia. Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera Pakatan Rakyat mempertahankan negeri ini. 
p/s : IBM kata : "Mengamuk sakan nampaknya Pak Zizan kita ni ye. Apa tidaknya, pandai-pandai depa reka cerita bahawa dia akan letak jawatan. Tapi...siapa ye yang punya cerita ni ye?...IBM nak tanya Pas Zizan ni....adakah dia juga akan menuduh orang-orang Umno yang menyebarkan cerita yang tak benar ini?...dan tidakkah Pak Zizah perasan bahawa dia juga mempunyai 'musuh dalam selimut' di dalam partinya sendiri iaitu Pas?. Kesian Pak Zizan ni, ditikam dari belakang oleh puak-puaknya yang ingin menyingkirkannya dari Pas. Oleh itu, pada Pak Zizan, janganlah jadi seperti juak-juak Pas yang lain, asyik-asyik menuduh orang-orang Umno je. Kami tak sejahat itu. Fikir-fikirlah sendiri wahai Pak Zizan oooi!!!!". 
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                      ___________________________________________
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...