Friday, February 10, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


10 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERASMIAN STESEN PEMANCAR RADIO MALAYSIA KUANTAN
Pada hari ini dalam tahun 1968, Sultan Pahang, DYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah telah merasmikan Stesen Pemancar Radio yang dibina di Kuantan, Pahang. Stesen yang terletak di Kuantan ini menggunakan dua alat pemancar gelombang sederhana buatan N.E.C. berkuasa 10 k.w. menjalankan siaran melalui 810 kc/s dan 1140 kc/s dan juga bertindak sebagai penyambung siaran-siaran Melayu dan Inggeris daripada Kuala Lumpur. Sebelum stesen ini dibina, Kuantan hanya mempunyai satu alat pemancar 300 wat dikelolakan oleh Jabatan Telekom bagi pihak Radio Malaysia. Siaran sukar untuk di dengar bagi kawasan yang melebihi daripada 10 batu persegi, berbanding yang baru ini meliputi kawasan hinggalah sejauh 95 batu persegi. Bangunan stesen ini yang dibina dengan kos sebanyak RM786,656.00 sudah pasti akan memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di negeri Pahang untuk mendapatkan siaran daripada pihak Radio Malaysia. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...